Kakak Anzalna bengang! beli pakaian online tapi dapat baju ketiak masam

Kakak kepada Anzalna Nasir, Diana Nasir terkilan apabila menerima pakaian yang dibeli dari platform beli-belah maya yang sudah dipakai.


Jelas Diana, baju yang diterimanya itu kotor dan berbau busuk menandakan pernah dipakai oleh individu lain sebelum dijual semula.


“Setiap kali apabila membeli baju dari Z***** mesti baju ada kotor atau bau ketiak atau bau bekas orang pakai! Ia menjijikkan!


“Guys, janganlah pakai pulang, kasihan pembeli seterusnya. Dear Z***** tolong periksa betul-betul,” tulisnya menerusi Instagram Stories.

Tambahnya, situasi itu bukan pertama kali terjadi kepadanya dan pernah menerima baju yang berpin.
“Beberapa bulan lepas juga dari Z*****! Siap ada pin lagi, nasib tak tercucuk ketiak sis!
“Label baju pun dah lusuh, macam mana kalian tidak perasan?

“Baju ini bau ketiak teruk ya amat! Boleh pengsan! Jebon ni pakai pergi mana eh?” tulisnya.

Kisah Diana menjadi mangsa pembelian baju terpakai itu dikongsikan semula oleh netizen di media sosial.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart