Buntu Dengan Kos Hidup Makin Tinggi? Baca 10 Tips Jimat Untuk Kahwin Yang Betul Elak Membazir

Berkahwin adalah satu sunnah bagi setiap umat Islam. Tentunya apabila ditanya tentang perkahwinan, semua orang ingin berkahwin untuk membina keluarga sendiri bersama pilihan hati.

Namun melihat kepada kos sara hidup yang tinggi, ia mula menimbulkan kekhawatiran kita dalam berumah tangga.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda, 10 tips bagaimana kita boleh jimat untuk kahwin dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

1. Rancang tarikh perkahwinan

Perkara pertama yang penting dalam mengadakan sebuah majlis perkahwinan adalah menetapkan tarikh kahwin. Tarikh kahwin ini boleh diibaratkan sebagai “alarm clock” yang melancarkan semua persiapan sebelum, semasa, dan selepas majlis.

Dengan adanya tarikh ini, kita tidak perlu berkejaran dengan dateline dan banyak penjimatan boleh dilakukan baik dari segi kos, masa, dan tenaga.

2. Tetapkan jumlah tetamu

Jumlah tetamu yang dijangka untuk datang ke majlis perlu kita catat dengan ambil peduli. Jika bajet tidak mencukupi dan terpaksa kurangkan jumlah tetamu, maka utamakanlah keluarga yang terdekat dan sahabat paling rapat.

Untuk elak ada diantara kenalan atau sedara-mara yang berkecil hati, bincang dan jelaskan dengan baik kepada mereka demi kebaikan semua.

3. Buat tempahan makanan

jimat untuk kahwin

Tetapkan harga makan untuk satu kepala. Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Jika ada ahli keluarga yang sudi untuk memasak sendiri atau buat rewang, pun lebih baik.

Sebagai tuan rumah, kita hanya perlu beli dan siapkan barang basah serta sedikit pemanis mulut sebagai pelengkap.

4. Kirimkan kad

jimat untuk kahwin

Kad fizikal dan kad digital masih digunakan hari ini. Namun bagi mencapai tujuan kita jimat untuk kahwin, tidak salah rasanya untuk kita mengekalkan penggunaan kad digital sahaja untuk membuat hebahan dan jemputan kepada majlis kahwin itu nanti.

Kita boleh buat sendiri design kad tersebut dengan menggunakan apa-apa aplikasi yang percuma seperti Canva dan lain-lain bagi membuat rekaan kad. Siap kad itu, terus boleh dihantar kepada para tetamu melalui WhatsApp atau sebagainya.

5. Cenderahati

Disebabkan jumlah tetamu untuk majlis itu terhad, maka bolehlah dikurangkan bajetnya. Terlalu banyak barangan yang cantik dan memorable untuk kita pilih di kedai borong dengan harga yang jauh lebih murah tetapi cantik.

Atau boleh juga jika mahu buat pesanan dan tempahan dari mana-mana laman shopping online seperti Lazada dan Shopee. Beli dengan harga pukal, harganya lebih murah berbanding beli sedikit.

6. Elak terpengaruh

Tabiat suka membanding-bandingkan majlis kahwin kita dengan orang lain perlu dielakkan. Tips jimat untuk kahwin yang ini sememangnya memberi pengaruh yang amat buruk kepada cara fikir dan tindakan kita sebagai tuan rumah majlis.

Sentiasa ingat, ukur baju di badan sendiri. Janganlah terikut-ikut dengan majlis orang lain yang mewah sedangkan kita tidak mampu.

Walaupun kita mampu, sebaiknya ikut kepada strategik cara penjimatan yang tepat supaya bajet itu dapat digunakan untuk perkara lain selepas kahwin.

7. Hantaran

jimat untuk kahwin

Trend beli barang sendiri untuk dijadikan hantaran, biarpun nampak kurang istimewa tetapi ianya sangat memudahkan. Tips jimat untuk kahwin yang semua perlu hadam, hantaran tidak perlu yang berjenama pun sebenarnya. Cukup sekadar ada untuk memeriahkan majlis sahaja.

8. Busana pengantin

Sama ada pilih busan pengantin dari tempaan awal atau beli yang sudah ready made, keduanya-duanya mempunyai tips cara jimat untuk kahwin yang hampir serupa. Hanya sahaja, kita perlu letakkan bajet yang termampu untuk kedua-dua cara.

9. Memori

Orang kata kahwin sekali seumur hidup. Justeru itu, setiap pengantin pastinya mahu memori perkahwinan mereka sendiri.

Dengan cara mengupah jurugambar profesional, kita boleh dapatkan hasil memori yang terbaik dan menarik. Sekarang ini banyak jurugambar freelance denga harga yang berpatutan untuk anda cuba.

Boleh juga tanyakan kepada kawan-kawan atau orang yang pernah menggunakan khidmat jurugambar profesional. Rajinkan diri tengok review mereka di media sosial dan pilihlah yang terbaik dan berkualiti.

10. Simpanan

Simpanan bukan sekadar sebelum kahwin sahaja. Untuk jangka masa panjang, kita sepatutnya memikirkan tentang simpanan yang lebih penting selepas kahwin kerana banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk memulakan hidup dalam rumah tangga.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai tips jimat untuk kahwin ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam merancang sebuah majlis perkahwinan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top