Jimat! Cara ikat hidden hantaran ala-ala kotak hadiah Jepun

Hidden hantaran kini dah jadi trend untuk sesiapa sahaja yang bakal bertunang mahupun kahwin. Ramai meminati konsep hidden hantaran begini kerana menganggap ianya boleh mengelakkan mulut-mulut makcik bawang yang suka mengata atau kondem hantaran orang lain.

Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang kita ini, asal tentang hantaran mesti hendak beli barang-barang yang mewah. maklumlah, hanya sekali seumur hidup. Jadi, terpaksalah ‘bajet’ untuk mengubah hantaran itu tadi dikurangkan.

Apa yang menimbulkan masalah adalah, untuk mengupah orang membuat hantaran ini bukannya murah, adakalanya si pengubah akan meletakkan caj tinggi dari RM80 hingga RM100 untuk satu dulang. Mana pula kita hendak mencari wang andainya sudah terlanjur membeli barang hantaran idaman yang bukan calang-calang jenamanya. 

Memang mengeluh bila mengenangkan nak bayar itu ini. Jika tak kuat, ikatan yang bakal menuju ke jinjang pelamin putus ditengah jalan. Isk, berdoalah agar terus kuat dan tidak berlaku perkara yang buruk ok.

Jadi, disinilah anda perlu bijak mengatur dan merancang bagaimana caranya untuk mengurangkan belanja perkahwinan. Caranya mudah sahaja, DIY la…

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top