Jika ada 5 tanda ini bermakna anda sudah sedia ke gerbang perkahwinan

Berkahwin adalah satu perkara yang sangat sensitif untuk dibincangkan buat sesetengah orang. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Bagaimana anda tahu anda bersedia untuk berkahwin atau tidak?

Jangan risau, dipetik dari laman brides.com, berikut ini ada tanda-tanda yang sebenarnya anda sudah bersedia untuk berkahwin.

1.Boleh  Menerima Pasangan Seadanya

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Namun jika kamu boleh menerima kekurangan bakal pasangan kamu seadanya, nampaknya kamu sudah tidak ada perasaan ragu lagi tentang perkara ini.

2. Lebih pentingkan nilai perkahwinan daripada majlis perkahwinan idaman

Lumrah bagi wanita untuk berangan untuk menjadi seorang pengantin. Menginginkan yang terbaik pda hari bersejarah termasuklah memakai baju pengantin paling cantik pada hari tersebut juga tidak menjadi sesuatu yang aneh. Namun, hakikatnya apa yang lebih penting adalah perkara yang anda perlu harungi selepas itu, kehidupan sebagai suami isteri. Its about the mariage not the wedding. 

Jika anda lebih pentingkan pelaburan untuk membeli rumah dan dana pendidikan anak-anak berbanding menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk memakai baju pengantin pereka terkenal, tahniah ! Ini tandanya anda sudah semakin matang untuk melangkah ke alam perkahwinan.

3. Sedia berkompromi dan berkongsi 

Dalam kehidupan berumah tangga, kamu perlu bertolak ansur dan banyak beralah dengan pasangan kamu nanti. Anda tidak boleh lagi bersikap pentingkan diri seperti zaman bujang dahulu bukan?

4. Kewangan yang kukuh

Jangan pandang enteng akan faktor ini. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan kes penceraian berpunca daripada masalah ekonomi dan kewangan yang tidak stabil.

5. Sedia untuk punya anak

Anak adalah penyeri rumah tangga. Memang anda boleh membuat perancangan keluarga. Namun, pokok pangkalnya, antara tujuan berkahwin adalah untuk berkeluarga, bermakna punya zuriat sendiri. Jika anda rasa tidak bersedia untuk mendapat anak, sebenarnya secara tidak langsung anda belum bersedia lagi untuk memberi komitmen terhadap perkahwinan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top