Ingat! 6 Jenis Wanita Tak Boleh Dikahwini Kata Ulama’

Sebagai seorang suami, kita semestinya inginkan seorang isteri yang terbaik dan menepati akan ciri-ciri wanita yang dimahukan demi membina sebuah keluarga yang bahagia.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai jenis wanita tak boleh dikahwini oleh kaum lelaki bagi mengelakkan mudharat dalam rumah tangga.

Panduan jenis wanita tak boleh dikahwini menurut Imam Ghazali

1. Barraqah

Sifat wanita yang suka berhias secara berlebihan sepanjang masa. Wanita yang mempunyai keinginan untuk berhias berlebih-lebihan biasanya akan bersikap lebih boros dalam berbelanja hal-hal peribadi.

Malah bukan itu sahaja, sikap kita yang sedemikian juga sangat mudah untuk menarik perhatian lelaki lain di luar sana sehingga menimbulkan dosa yang berpanjangan tanpa kita perasan.

2. Haddaqah

Seterusnya, jenis wanita tak boleh dikahwini adalah wanita yang boros dalam berbelanja tanpa mengira kehendak atau keperluan.

Berbelanja bukanlah satu perkara yang salah tetapi bila mana ia berlebih-lebihan sehingga menganggu kehidupan seharian wanita tersebut setelah berumah tangga, ianya pasti memberi kesan negatif.

Sungguhpun nanti wanita itu diberikan jodoh suami yang kaya raya namun sifat borosnya tidak mudah untuk dihindarkan.

Hari ini banyak yang terjadi, seorang suami yang terlalu sayang akan isterinya terpaksa berbuat apa sahaja demi memenuhi kehendak si isteri yang berlebih-lebihan.

3. syaddaqah

Wanita yang berlebihan dalam ucapannya. Kata-kata wanita jenis ini memang terasa panas dan tajam bila berbicara dengan orang lain.

Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran bukanlah untuk memperbaiki atau pun bermanfaat tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab.

Komunikasi dalam rumah tangga bersama wanita ini akan menyebabkan emosi semakin membuak-buak dan seterusnya banyak perkara yang remeh sekalipun menjadi punca untuk bergaduh.

4. Annanah

Jenis wanita tak boleh dikahwini yang seterusnya adalah seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah secara berlebihan.

Misalnya hari ini, ada ramai wanita yang sanggup mengadu dan meluahkan masalah rumah tangga di media sosial.

5. Mannanah

Wanita yang suka mengungkit jasa baik yang pernah mereka lakukan. Mereka ini jika dikahwini akan mendatangkan masalah kepada si lelaki kerana biasanya jika ada perbezaan pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat.

6. Hannanah

Wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di depan suami. Sikap seorang isteri yang suka menceritakan kebaikan dan kelebihan lelaki lain di hadapan suaminya biasanya menimbulkan cemburu dalam rumah tangga.

Lama-kelamaan semuanya ini dapat merosakkan hubungan perkahwinan yang dibina.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai jenis wanita tak boleh dikahwini ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan khusus bagi pengantin lelaki sebelum memilh calon pasangan untuk berkahwin.

Tidak salah jika kita mengambil sedikit masa dalam memilih pasangan bagi mengenal dahulu hati budinya sebelum dinikahi.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart