Jenis-jenis ujian dalam rumah tangga yang korang kena ‘get ready’

Pernikahan sememangnya detik terindah penyatuan cinta antara lelaki dan perempuan. Namun, pernikahan bukan sahaja menyatukan dua insan tetapi lebih kepada membuka lembaran baru kehidupan dan tanggung jawab.

Pernikahan adalah amanah. Ianya mengajar suami dan isteri tentang tanggung jawab hidup berumah tangga dan mendidik bukan sahaja dari segi fizikal dan emosi namun lebih kepada membina hubungan baik ke jalan Allah SWT.

Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.

Jenis-jenis ujian dlm rumahtangga:

1. Ujian Mertua

– Tak semua orang memiliki mertua yang baik. Ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya. Hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya. Untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya. Jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu.

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami taknak dengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar. Isteri dipersalahkan suami, suami tidak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%. Untuk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yang menentukan ebrapa lama hubungan itu akan bertahan.

2. Ujian Ipar

– Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik. Ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka. Apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambil tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang. Ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya. Ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki.

3. Ujian Kewangan

– Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga. Dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tapi kini berdua. Apa yang suami makan, isteri makan, apa yang suami pakai, isteri pakai. Segala2nya kena berkongsi. Waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua2nya ada pendapatan. Maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangta2 penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus.

4. Ujian Anak

– Expectation yang ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat. Anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera. Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar. Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bila mana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka. Ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut. Pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban.

5. Ujian Kecurangan

– Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita betul2 tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bila mana kita dah sebantal dan sekatil dengannya. Dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat dengan rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih, dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang2 ini sangtlah tinggi. Gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan.

Ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian2 yang dinyatakan, ada yang tidak. Bagi yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah bahagia. Bagi yang tidak, mugkin sekarang mereka dah berpisah. Hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumah tangga bila diuji Allah s.w.t.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart