Jangan risau hadapi perintah kawalan pergerakan, Inilah masa terbaik luang masa dengan pasangan

Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Terpaksa berkurung di dalam rumah?

Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

Jangan risau, rumah boleh jadi tempat yang ajaib untuk kita sekeluarga sebenarnya :

1. Daripada rumahlah kita boleh bina kembali hubungan suami isteri yang dulunya pernah renggang akibat kesibukan

2. Daripada rumahlah kita boleh bina kembali bonding kita dengan anak kita yang dulunya pernah pudar akibat pekerjaan

3. Daripada rumahlah kita boleh wujudkan kembali ketenangan jiwa kita yang mula hilang akibat bergelumang tanpa henti dengan harta dan keduniaan

4. Daripada rumahlah kita boleh isi kembali hati anak anak kita yang dah makin sunyi saban hari akibat bergelumang tanpa henti dengan gajet dan teknologi

5. Daripada rumahlah kita boleh suburkan kembali tradisi kekeluargaan yang pernah diamalkan oleh atuk nenek kita suatu ketika dahulu tetapi kini dah terhenti

6. Daripada rumahlah kita boleh kreatif mencari pendapatan daripada jalan yang sebelum ini tidak pernah kita fikirkan

7. Daripada rumahlah kita boleh bina kembali syurga kita di dunia supaya suatu saat nanti kita sekeluarga akan bertemu kembali di syurga sana

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart