Jangan mudah rasa kasihan pada wanita lain, ini pesanan PADU doktor buat suami

“Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain daripada isteri dan mak kita sendiri”.

Begitulah pesanan yang dikongsi seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal kepada kaum lelaki atau yang sudah bergelar suami.

Perkongsian di Facebook miliknya baru-baru ini menjadi perhatian warganet apabila beliau tampil berkongsi kisah benar seorang rakannya.

Kongsinya:

Ada seorang kawan lelaki saya ni kata dia kasihan dengan seorang wanita ni.Terus tegak bulu roma saya. Meremang rasanya sampai ke tengkuk ni.

Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain daripada isteri dan mak kita sendiri.

Kasihan dia kerja susah, kasihan dia duduk jauh, simpati dia ada masalah rumah tangga, simpati dia baru bercerai, kasihan dia anak yatim. Semua orang pun ada masalah hidup.

Kalau nak rasa kasihan pada wanita lain, fikir dulu kita ni dah cukup kasihankan isteri sendiri ke belum. Dia buat kerja rumah, penat lelah dia, pengorbanan dia siang malam, ini yang patut kita sayang-sayangkan.

Hanya mak dan isteri kita saja yang layak dapat rasa kasihan daripada seorang lelaki bernama suami ini.Yang lain daripada tu, kita simpan saja rasa kasihan tu.

Daripada rasa kasihan itu lah, timbul rasa suka yang tak sepatutnya.

Asalnya nak tolong, lama-lama jadi lain.Biarlah kawan-kawan perempuan yang bantu. Kita doakan pun dah lebih daripada cukup.

Sementara itu, dalam satu perkongsian Penceramah Bebas, Syamsul Debat berkata keluarga bahagia adalah pilihan kita bukannya datang begitu sahaja.

“Mohon pada Allah dan pilih cara bahagia. Bukan lihat pada apa yang kita ada tetapi lihatlah pada sikap kita, pada apa yang kita ada.

“Rumah atau kereta besar bukan gambaran kebahagiaan, tetapi sikap kita yang sentiasa bersyukur, itulah asas kebahagian.

Dalam rumah tangga punya kisah berbeza, kita tidak akan kenal pasangan selagi tidak berkahwin,” jelasnya.

Justeru suami dan isteri sentiasalah terapkan kehidupan Islam dalam keluarga selain sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart