Jangan down! Setiap wanita perlu tahu 10 fakta ini

“Wanita tidak dijadikan dari urat rambut lelaki untuk dijulang dan dipuji. Tidak pula dijadikan dari tapak kaki untuk dipijak, dihina dan dikeji. Tetapi wanita dijadikan dari rusuk kiri yang berada dekat dengan hati untuk didampingi, dibelai, dilindungi dan juga disayangi.”

Begitulah puitis indah menggambarkan kedudukan seseorang wanita. Mereka sering dahagakan belaian, perhatian, kasih, sayang dan cinta seorang lelaki yang bernama suami.


Walaupun mereka ini sering dikatakan golongan hati yang lembut tetapi Imam al-Ghazali pernah berkata: “Hati yang halus ialah hakikat manusia”. Maknanya, lelaki tidak terkecuali berada dalam golongan hati yang lembut.

Jika lihat semula ketika kedatangan Islam dahulu, mereka telah meletakkan kedudukan wanita setaraf dengan kaum Adam dari segi peranannya dalam membangunkan sesebuah tamadun manusia.


Tidak hairanlah jika kita lihat sekarang ni, wanita mampu membuat kerja-kerja lelaki. Jadi sekarang ini kami ingin kongsikan fakta tentang wanita. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menyedarkan wanita yang kurang keyakinan di luar sana untuk sedar bahawa setiap individu ada keunikan dan kelebihan tersendiri.

Antaranya adalah…

  1. Jika anda tidak ingin kehadiran selulit di bahagian anggota badan terutama bahagian bawah perut. Percayalah bahawa ramai lagi wanita di luar sana menginginkan selulit kerana itu tanda mereka sudah mempunyai zuriat.
  2. Jangan rasa diri anda tidak mempunyai apa-apa kerana ciptaaNya semuanya hebat dan ada kelebihan tersendiri. Cuba tenangkan fikiran dan fikir apa yang anda hebat bila melakukan sesuatu perkara. Pasti ada!
  3. Elakkan bergantung harap pada seorang lelaki 100 peratus kerana hati mereka berbolak-balik dan pasangan kita bukan hak milik kekal. Mereka milik Allah. Cuba belajar berdikari dan sentiasa be ready ok ladies!
  4. Bila dengarkan pujian dari orang lain tentang diri anda, percayalah mereka benar-benar maksudkannya.
  5. Bila dengarkan kutukan dari orang lain, cuba perbaiki diri menjadi lebih baik dan sentiasa ingat, hidup ni tak akan ada yang seorang pun berjaya memuaskan hati seluruh manusia di muka bumi ini.
  6. Setiap daripada kita pasti ada kawan yang kita lihat hidup mereka sempurna tapi percayalah, tiada siapa yang terkecuali ditimpa ujian. Kalau kawan anda berjaya tempuh dengan sempurna, kenapa anda tidak?
  7. Tak apa untuk rasa diri ada kekurangan lebih-lebih lagi bila berkait dengan anggota tubuh badan. Iyalah, mungkin ada yang buncit, pendek, badan besar tapi percayalah, ada yang ingin menjadi diri anda.

Itulah 7 fakta yang semua wanita perlu tahu. Bukan apa, wanita ni bersikap overthinking, sentiasa rasa diri mereka lemah kerana mugkin faktor sering ditindas secara mental sehingga membuat diri rasa tiada harga.


No! Kena ingat, setiap wanita akan ada sisi cantik pada mata seseorang atau dalam satu kelompok tak kira warna kulit apa dan bentuk badan saiz apa.

Oh! Sebelum terlupa, menangislah bila perlu kerana air mata adalah senjata seorang wanita kerana bila menangis, dari situlah mereka mendapat kekuatan mental. Menangis tidak semestinya lemah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top