Jadi mangsa dera dalam rumah tangga, ketahui cara lindungi diri

Kes mangsa dera dalam perkahwinan semakin menjadi-jadi sekarang ini, dan wanita sering menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal dalam perkahwinan.

Jika hal seperti ini berlaku kepada kamu atau kenalan rapat kamu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi melindungi diri dari keganasan rumah tangga.

Berikut yang perlu mangsa penderaan ambil tahu dan boleh lakukan untuk mendapatkan perlindungan.

Boleh Mohon Perlindung Di Bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994

Wanita yang menjadi mangsa penderaan akan dilindungi di bawah Akta ini dan mangsa boleh memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak polis untuk mendapatkan perintah pelindung seperti berikut.

Perintah Perlindungan Interim (IPO)

  • Perintah ini diberikan kepada mangsa sementara menunggu siasatan polis.

Perintah Perlindungan (PO)

  • Perintah dikeluarkan apabila tertuduh dituduh melakukan kesalahan dan tindakan guaman diambil, perintah ini berkuatkuasa untuk jangka masa 12 bulan.

Perintah Sampingan

  • Memberi mangsa hak menghuni secara eksklusif di kediaman dan mengarahkan pendera meninggalkan rumah tersebut, walaupun rumah tersebut milik pendera ataupun rumah sewa yang dibayar oleh pendera.
  • Memberi mangsa kemudahan memasuki kediaman untuk mengambil berang kepunyaan dengan ditemani pihak polis atau pegawai kebajikan masyarakat.
  • Menghalang pendera daripada menghubungi mangsa secara bertulis dan menelefon mangsa.
  • Mengarahkan pendera menyerahkan kenderaan yang selama ini digunakan oleh mangsa.
  • Memberi pampasan yang setimpal dengan kecederaan atau sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami oleh mangsa.

Jangan Berdiam Diri, Dapatkan Rawatan Segera

Jika kamu atau orang yang kamu kenal menjadi mangsa penderaan rumahtangga, dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan hospital yang berdekatan.Mangsa dera kemudiannya akan diperiksa dan dirawat oleh pegawai perubatan di One Stop Crisis Centre (OSCC) dan kemudian akan dirujuk kepada pegawai kerja sosial perubatan.

Senarai Agensi Yang Boleh Bantu Mangsa

Jangan biarkan diri diperlakukan sedemikian rupa oleh pasangan, mangsa keganasan rumahtangga harus jadi bijak mendapatkan bantuan untuk keselamatan diri dan anak-anak (jika ada).

Agensi Kerajaan

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Balai Polis
  • Hospital
  • Pejabat Agama
  • Jabatan Bantuan Guaman

Badan Bukan Kerajaan

  • Women’s Aid Organization (WAO) [SINI] – Telefon 03-79563488 atau 018-9888058
  • All Women Action Society (AWAM) [SINI] – Telefon 03-78774221 atau 016-2374221
  • Women Crisis Centre (WCC) [SINI] – Telefon 04-2280342 atau 011-31084001
  • Befrienders [SINI] – Telefon 03-76272929

Jadi lepas ini di harap kes-kes penderaan seperti ini ditangani dengan betul dan bagi yang menjadi mangsa dera, jangan biarkan diri mengalami kecederaan dan terus bersabar di atas kesalahan pasangan sewenang-wenangnya.

Semoga maklumat yang dikumpul ini, memberi manfaat untuk kamu semua, selamat beramal!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top