10 Fakta Tentang Penyanyi Jaclyn Victor Gegar Vaganza Juara Musim 9, Bawa Pulang Habuan RM 100,000

Rancangan realiti paling popular seisi keluarga iaitu Gegar Vaganza Musim Ke-9 telah melabuhkan tirainya malam tadi. Pentas akhir tersebut menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor Gegar Vaganza sebagai Juara Musim 9. Rancangan yang disiarkan secara lansung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menampilan barisan 5 artis lain termasuklah Shila Amzah, Tomok, Hazrul Nizam, Bob Yusof, dan Kumpulan V.E.

Beza markah hanya 9.58%, Jaclyn Victor Gegar Vaganza Dinobatkan Juara

jaclyn victor gegar vaganza

Pada malam tersebut, finalis berentap dalam dua pusingan iatu solo dan battle. Jaclyn Victor Gegar Vaganza yang menjuarai rancangan realiti itu telah membawa lagu It’s All Coming Back dan This Is Me untuk pusingan solonya manakala lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru bersama kumpulan V.E. dalam pusingan kedua.

Ini merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh para peserta dan kedudukan mereka berdasarkan pemarkahan dari juri profesional:

Pusingan pertama (solo)

  • Jaclyn Victor (It’s All Coming Back & This Is Me) – 85.86%
  • Bob Yusof (Rahasia Perempuan & Sejati) – 76.28%
  • Shila Amzah (Secret Love Song & Tak Ada Logika) – 76.02%
  • Tomok (Berhenti Berharap & Time Is Running Out) – 75.83%
  • V.E. (Ikhlas Tapi Jauh & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja) – 72.39%
  • Hazrul Nizam (Crazy & Terlanjur Cinta) – 69.75%

Pusingan kedua (battle)

  • Jaclyn Victor & V.E. (The Real Slim Shady & Sang Saka Biru)
  • Bob Yusof & Hazrul Nizam (Ice Ice Baby & Swipe)
  • Shila Amzah (Too Legit Too Quit & Party Sampai Pagi)

Peringkat akhir Gegar Vaganza telah diadili oleh barisan juri yang sangat profesional seperti Datuk Ramli MS sebagai ketua juri, Datuk Syafinaz Selamat (juri tetap), Hetty Koes Endang (juri tetap), dan Edry Abdul Halim (juri jemputan).

Senarai lengkap pemenang Gegar Vaganza 2022

jaclyn victor gegar vaganza

Berikut adalah senarai lengkap bagi para pemenang Gegar Vaganza 2022.

Juara: Jaclyn Victor (membawa hadiah utama RM100,000, piala Gegar Vaganza, penginapan di Royale Chulan Cherating dan percuti ke Paris serta merangkul Anugerah Bintang Memukau Adabi)

Naib Juara: Bob Yusof (membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi, pakej penginapan di Royale Chulan Damansara dan pakej percutian ke Dhubai dan Abu Dhabi)

jaclyn victor gegar vaganza

Tempat Ke-3: Shila Amzah (membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, piala Gegar Vaganza, pakej penginapan di Royale Chulan dan percutian ke Seoul, Korea)

Tempat Ke-4: Tomok (membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, trofi, pakej penginapan di Royale Chulan, Seremban dan percutian di Chiang Mai, Thailand)

Tempat Ke-5: V.E. (membawa pulang hadiah RM15,000, trofi beserta pakej percutian dan penginapan di Dalat Vietnam dan Royale Chulan)

Tempat Ke-6: Hazrul Nizam (membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan pakej percutian ke Jakarta, Indonesia)

10 fakta unik tentang Jaclyn Victor yang jarang orang dengar

Mengenali sosok penyanyi popular Jaclyn Victor menjadi bintang yang terus menyinari industri muzik tanah air. Ramai yang mengenalinya sebagai penyanyi bernada tinggi dan trademark mikrofon jauh dari mulut. Khas untuk anda, ini adalah 10 fakta unik tentang penyanyi kesayangan Malaysia yang telah menjuari Gegar Vaganza Musim 9.

1. Nama sebenar adalah Jaclyn A/P Joshua Thanaraj atau lebih dekat dipanggil sebagai Jaclyn Victor atau Jac.

2. Berumur 44 tahun dan lahir pada 4 Disember 1978.

3. Berasal daripada Setapak, Kuala Lumpur dan berketurunan India Kristian.

4. Merupakan anak pertama dari empat adik beradik yang kesemuanya lelaki

jaclyn victor gegar vaganza

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2002 menerusi genre muzik pop.

6. Dibesarkan oleh ibunya, Maggie Victor yang merupakan seorang ibu tunggal kerana bapa Jac sudah meninggal dunia sejak dia berusia 9 tahun lagi. Ibunya terpaksa melakukan tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

7. Mula menyanyi pada usia 18 tahun di hotel dan kelab malam untuk menyara hidup dan meringankan beban keluarga.

8. Lagu-lagu popularnya seperti Gemilang, Di Bawah Pohon Asmara, Tiada Lagi Indah, Inilah Masanya, Cinta Tiada Akhirnya, Jagalah Diri, NIsan Cinta (duet bersama Siti Nordiana), Cepat Cepat, Ikut Rentakku, Satu Harapan, Bertamu di Kalbu, Wajah (lagu tema Bersamamu, dan Ceritera Cinta (duet bersama Rio Febrian)

9. Pernah mendirikan rumah tangga bersama Shawn Rivera, vokalis kumpulan AZ Yet pada 19 Julai 2014. Perkahwinan tersebut akhirnya terlerai pada Januari 2020.

10. Dikurnikan dua orang anak iaitu Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerita Rivera.

Semoga kejayaan Jac ini dapat melebarkan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa. Keunikan, kesungguhan, dan anugerah suara yang merdu diberikan untuknya adalah sesuatu yang cukup istimewa.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart