Isteri terkejut tak sangka dapat ‘Suprise’ dari suami dalam ais batu

Mempunyai suami yang sweet dan pandai membuat surprise adalah menjadi impian bagi setiap isteri di luar sana.


Dalam rumah tangga, kita harus menghargai pasangan dengan memberikan mereka kejutan sebagai tanda kita hargai hubungan yang telah lama dibina. Tambahan lagi jika usia perkahwinan itu sudah bertahun-tahun lamanya.


Kadangkala kita tidak perlu memberikan hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar mampu membuatkan si dia tersenyum bahagia pun sudah memadai. Bukan apa, ianya untuk menumbuhkan lagi rasa cinta antara suami dan isteri.


Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman sosial TikTok apabila seorang wanita memuat naik perkongsian videonya mendapat surprise rare daripada suami tercinta.
Lihat perkongsian video itu di bawah:

Ingatkan suami bergurau suruh pergi ke dapur tengok apa yang ada, rupa-rupanya buat kejutan siap sorok rantai emas dalam air batu.


Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Aien menceritakan bagaimana dia menerima kejutan yang tak disangka itu daripada suaminya.


Terdahulu, suaminya tiba-tiba bertanya di WhatsApp tentang barang kemas mana yang dia suka. Aien yang hanya berfikir suaminya cuma bergurau tidak memandang serius akan permintaan suami yang menyuruh dia ke dapur untuk tengok apa yang ada dalam bekas berwarna putih.


Dia kemudiannya menurut saja apa yang disuruh dan sebaik saja dia melihat bekas putih itu, dia bergegas cairkan air batu dan terkejut apabila melihat seutas rantai emas di dalamnya.

“Tahniah sebab awak dapat suami yang pandai menghargai. Lebihkan isteri pasti murah rezeki” – Netizen


Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 145.2k views dan 5,800 likes di TikTok.
Aien yang memuat naik video tersebut dengan kapsyen “terima kasih sayang buat I menangis lagi” telah mendapat banyak komen positif daripada netizen.

Rata-rata mereka turut terharu dengan kejutan daripada suami Aien itu yang dianggap sangat sweet.


Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart