Inspirasi inai pengantin pilihan 2019

Jika mengimbas kembali tradisi zaman nenek moyang kita dahulu, pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti akan mengadakan majlis malam berinai. Dalam majlis itu, jari jemari pengantin akan dipakaikan inai yang keesokan harinya, hasilnya memperlihatkan kesemua jari ratu sehari berwarna merah.

Ada juga yang turut memakaikan inai pada jari kaki.

Pada ketika itu, daun inai dipetik dari belakang rumah sahaja. Daun itu kemudian ditumbuk menggunakan lesung batu atau digiling bersama sedikit arang dan gambir bagi mendapatkan warna merah menyala dan tahan lebih lama.

Dengan peredaran zaman yang menjadikan masyarakat kini semakin moden, pelbagai pembaharuan dilakukan bagi menjadikan proses malam berinai menjadi begitu mudah dan tidak perlu berhadapan situasi rumit bagi berinai.

Memandangkan masyarakat kini agak cerewet, pelukis inai perlu bijak dan kreatif memenuhi trend semasa yang mengalami perubahan terhadap corak lukisan inai di tangan.

Jika dahulu katanya, corak biasa sudah dapat memuaskan hati bakal pengantin atau penggemar lukisan inai, kini keadaan berubah apabila lukisan corak yang rumit mendapat permintaan tinggi.

Kami kumpulkan beberapa inspirasi lukisan inai menarik untuk tahun 2019.

Inai Hindi

Inai hindi adalah diinspirasikan dari corak lukisan bermotifkan pengantin india. Ianya lukisan penuh kedua belah tangan dan kaki. Lukisan corak yang agak sarat kebiasaanya dipadankan dengan busana pegantin bermotif labuci dan lace yang berat bagi melambangkan wanita yang disayangi dan disaluti kemewahan.

Inai Ringkas

Kebanyakkan inai bermotif ringkas namun masih menarik dan cantik dilihat ini amat digemari oleh para pengantin perempuan yang tidak suka kelihatan sarat dan berat.

Ianya cukup sekadar motif bunga dan dedaun kecil sebagai melambangkan andalah sang pengantin.

Inai Motif Abstrak

Inai bermotif abstrak sangat-sangat memerlukan kesabaran yang tinggi jika hendak melukisnya. Ini kerana ianya perlukan ketelitian dan kehalusan dari segi reka bentuk corak yang direka.

Motif abstrak juga lebih menjurus kepada corak ukiran india dan melayu sesuai bagi pengantin yang ingin kelihatan berlainan dan lari dari konsep lukisan corak bunga.

Inai Hitam

Bagi pengantin yang ingin keluar dari kebiasaan warna inai yang merah, bolehlah menggunakan inai hitam bagi menonjolkan kelainan. Inai hitam lebih digemari bagi pengantin india kerana ianya lebih kekal dan tahan lama berbanding inai merah.

Namun kini, inai hitam turut mendapat permintaan tinggi di kalangan pengantin melayu.

Inai Putih

Inai putih mula digemari para pengantin pada masa kini. Ini kerana ianya nampak lain serta unik. Sesuai untuk semua majlis dan tema. Pemilihan inai putih adalah kerana pengantin tidak mahu kelihatan berlebihan dalam penggayaan.

Selain itu, inai putih juga tidak kelihatan sarat walaupun corak ukiran agak penuh dan berat.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart