Ini yang perlu wanita lakukan jika berhadapan dengan pasangan curang

Setiap pasangan pasti mendambakan perhubungan yang bahagia sehingga ke akhir hayat, namun tidak semua impian itu menjadi kenyataan.Antara masalah yang sering menjadi punca persengketaan suami isteri adalah kecurangan.

Meskipun kecurangan boleh berpunca daripada suami atau isteri, kajian menunjukkan dalam kebanyakan kes lelaki lebih cenderung untuk curang kepada pasangannya.

Menurut Perunding Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, berkata secara purata lapan daripada 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya, isu kecurangan suami menjadi punca punca masalah dalam setiap perhubungan.

Berkaitan: Pasangan yang bahagia pun boleh curang! Sebabnya akan memeranjatkan andaKatanya, daripada jumlah itu hanya dua kes sahaja membabitkan kecurangan isteri.

Memang sakit dan perit jika perkara begini berlaku kepada diri, namun sebagai wanita, kita perlu kuat apabila berhadapan dengan situasi begini.

Berikut adalah cara bagaimana untuk wanita berhadapan dengan pasangan curang:

1. Bersemuka

Apabila suami sah berlaku curang di belakang anda, kumpul kekuatan untuk berhadapan dengannya secara bijaksana. Memendam rasa berseorangan tidak akan menyelesaikan apa-apa, malahan makin membebankan jika tidak diluahkan. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional. Cara untuk bersemuka itu bergantung pada anda, namun harus diingatkan supaya anda kekal setenang mungkin.

2. Jangan salahkan diri

Hal paling penting dalam isu kecurangan, jangan sesekali pindahkan kesalahan ke bahu sendiri. Ramai lelaki yang curang, mula mencari jalan selamat dengan menyalahkan pasangan mereka. Mungkin benar pasangan ada kekurangan, namun semua itu bukan lesen untuk berlaku curang.

3. Maaf atau tidak?

Apabila pasangan anda ‘kantoi’ berlaku curang, senang sahaja untuk dia mengatakan apa yang berlaku adalah satu kesilapan dan menyesali perbuatan berkenaan. Tapi adakah si dia betul-betul memaksudkannya? Kalau benar, anda mungkin boleh meneruskan kehidupan dan melupakan kejadian hitam itu pernah terjadi.Bagaimanapun, ramai yang susah memberi kepercayaan setelah dikhianati untuk pertama kali. Tanya diri sendiri jika anda masih mahu meneruskan perhubungan. Berterus-terang pada pasangan adalah lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri.


4. Tetapkan peraturan

Jikalau isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dengan si dia. Contohnya, dia tidak boleh menyimpan nombor atau membuat sebarang komunikasi dengan wanita lain tanpa pengetahuan anda.Bukan bermakna mengongkong, tetapi itu adalah komitmen yang perlu dilunas dek kesilapannya berlaku curang sebelum ini.

Cara begini juga adalah antara alternatif yang dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart