Ini sebab kenapa anda perlu cuci dulu baju yang baru dibeli sebelum pakai

Perasan tak kenapa tiap kali mak-mak balik dari membeli-belah, semua pakaian baru yang dibelinya akan terus di masukkan ke dalam mesin basuh untuk di basuh.

Itulah kebiasaan sering dilakukan setiap kali selesai membeli pakaian baru, mesti kena basuh dulu sebelum pakai. Pokok persoalannya kenapa perlu basuh pakaian baru tersebut, tak boleh ke kita terus pakai pakaian tersebut tanpa perlu basuh sedangkan pakaian tersebut baru dan bersih.

Nak tahu kenapa, jom check sebabnya di bawah.

Berisiko Tinggi Kena Alahan

Tahu tak sebenarnya kamu berpotensi terkena serangan alahan dan gatal-gatal pada kulit, jika terus memakai pakaian baru tanpa di basuh terlebih dahulu.

Menurut doktor Susan Nedorost yang merupakan profesor dermatologi di Case Western Reserve University berkata, sebaran pewarna yang terdapat pada pakaian baru boleh menyebabkan alahan dan gatal-gatal berlaku menerusi peluh dan geseran.

Kulit Terdedah Dengan Bahaya Bahan Kimia

Menurut dermatologis Lindsey Bordone dari Pusat Perubatan Universiti Columbia, menyatakan pakaian baru perlu di basuh terlebih dahulu sebelum di pakai.

Ini adalah kerana pakaian baru tersebut mengandungi formaldehyde resins, yang merupakan salah satu bahan kimia yang digunakan untuk mengelakkan pakaian jadi mudah kedut.


Pakaian yang mengandungi bahan kimia ini boleh menyebabkan beberapa reaksi berbahaya pada kulit seperti ekzema.

Berpotensi Kena Kanser

Pada tahun 2014, sekumpulan penyelidik dari Stockhold University di Sweden telah melakukan ujikaji pada 31 pakaian baru, para penyelidik menjumpai sebatian kimia yang dikenali sebagai quinoline.

Bahan kimia quinoline ini ditemui pada pakaian jenis kain polyester, berdasarkan penemuan bahan kimia ini berpotensi mengaktifkan pertumbuhan kanser dalam tubuh si pemakai. Sebab itu untuk mengelakkan sebatian bahan kimia terkena pada tubuh, pakaian baru perlu di basuh terlebih dahulu sebelum memakainya.

Berpotensi Dijangkiti Bakteria Dan Virus

Bayangkan dalam sehari berapa ramai yang mencuba pakaian di bilik persalinan di butik pakaian, pastinya berpuluh-puluh orang bukan. Dan pakaian-pakaian yang pelanggan lain tidak mahu, pekerja butik akan lipat atau gantung semula di rak pakaian lalu kamu ambil pula dan mencubanya.

Selepas itu pakaian tersebut kamu beli dan bawa pulang, tidak terfikirkah kamu berapa banyak bakteria atau virus melekat pada pakaian tersebut?Sebab itu pakaian baru memang harus di basuh terus untuk membasmi kuman, bakteria dan virus yang ada pada pakaian tersebut.

Demi Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan

Mungkin kamu rasa hal ini tak penting pun, tapi percayalah sikap tidak ambil peduli tersebut boleh memudaratkan kesihatan kamu nanti.

Oleh itu, demi menjaga kesihatan dan kebersihan, kamu perlu membasuh pakaian baru sebelum menggunakannya.

Jadi selepas ini biasakan diri dengan tabiat membasuh pakaian baru sebelum pakai, agar keselamatan terjaga dan kesihatan tidak terjejas.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart