Posted on: September 10, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Dah jadi lumrah, asal bahagia saja mesti nak tunjuk dalam media sosial. Maklumlah, ini memang sifat manusia semulajadi yang suka menunjuk kebahagiaan sendiri agar orang lain tahu. Sebenarnya tidak menjadi masalah pun jika kita ingin memuat naik gambar-gambar bahagia bersama keluarga namun, anda juga patut berhati-hati kerana disebaliknya ada mata-mata yang memerhati sehingga terbitnya rasa iri hati dan dengki.

Ini adalah padah yang kita cipta!

Sewajarnya, elakkanlah bercerita atau terlalu menunjukkan kebahagiaan anda di media sosial. Ini kerana kita tidak tahu mata-mata yang melihat akan terbit perasaan iri hati dan dengki. Kita tidak dapat menilai isi hati orang lain. Ditakuti ada anasir-anasir yang dengki akan cuba merampas kebahagiaan anda.

Ini alasan kenapa anda tidak boleh tunjuk kebahagiaan di media sosial

1. Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial. Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Tak Perlu Bangga Dengan Kebahagiaan Yang Dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

4. Tidak Semua Suka Kita

Perlu ingat tak semua orang suka dan bahagia dengan ‘kebahagiaan’ yang kita kongsikan. Lebih buruk lagi, kebahagiaan tersebut boleh ‘dicuri’, atas sebab perasaan hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan yang kita miliki. Oleh itu, tak perlu menunjuk- nunjuk kebahagiaan kita ada.

5. Tak Salah Tak Tunjuk

Bahkan, pernah tak lihat pasangan yang sering menunjukkan ‘kebahagiaan’ dilaman sosial, kelihatan sangat ‘sweet’ & sempurna. Memang kita rasa cemburu lah bila melihatnya. Tapi hakikatnya, di alam realiti ia sebaliknya, tidaklah ‘semanis’ yang dipamerkan. Media sosial hanya dijadikan sebagai ‘lakonan’ untuk menunjukkan persepsi sisi bahagia, bagi menutup kekurangan didalam rumahtangga.

Leave a Comment