Ini resepi daging masak hitam, paling senang masak dan sedap level kayangan

Masakan daging sememangnya sinonim dengan Hari Raya Korban.


Kadang-kadang banyak juga daging korban yang kita dapat sampai tak tahu nak masak apa kan?
Kadang-kadang boring juga kalau asyik buat goreng kunyit dan kari.

Jadi apa kata kita cuba resepi daging masak hitam oleh Noor Farhana yang simple tapi marvelous ni.

Serius sedap tau daging masak hitam ni.
Bila makan sure bertambah. Tambah pulak kalau makan dengan pulut ke… Perghhh confirm berebut.

Resepi daging masak hitam ni simple jer, jangan risau. Mudah dapat, mudah sedia, dan sangat sedap.

Jom tengok resepi lengkapnya di bawah:

RESEPI DAGING MASAK HITAM SIMPLE TAPI SURE MAKAN BERTAMBAH

BAHAN-BAHAN:


  • Daging – anggaran 1 kg
  • Rempah 4 sekawan
  • Kerisik
  • Santan
  • Daun kari
  • Gula merah
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam

BAHAN KISAR:

  • Bawang besar 3 bji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Tomato 2 biji besar
  • Halia 2cm
  • Lengkuas 2cm
  • Serai 3 batang
  • Cili kisar

CARA MASAK:


1. BLENDER

Mula-mula sediakan bahan kisar dalam senarai bertanda * dan masukkan dalam blender.
Kisar sampai hancur.

2. TUMIS

Selepas tu kita tumis rempah 4 sekawan, dan bahan blender.


Kemudian tumis sekali cili kisar (banyak mana nak bubuh ikut kepedasan) dan daun kari.
Kacau-kacau kejap sampai sebati dan naik bau.

3. MASUKKAN DAGING

Lepas tu masukkan daging.
Diikuti dengan kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik.
Masak sampai daging empuk dan pecah minyak.


4. BUBUH SANTAN

Bagi kuah kering sikit lepas tu masukkan pati santan.
Akhir sekali perasakan dengan garam.
Boleh tambah ikut rasa sesuai masing-masing.

SIAP!

Dah siap dah daging masak hitam kita.
Hidang panas panas makan dengan nasi putih memang sedap.
Tapi yang ni ratah saja pun sedap… Sekuali jap je habis.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart