Ini perbezaan Sunscreen Dan Sunblock yang ramai wanita keliru

“Nak beli krim pelindung matahari, tapi nak cari yang mana? Apa beza sunscreen dan sunblock?”

Siapa pernah berdepan dengan situasi seperti di atas? Masuk Watsons, Guardian atau Sephora nak cari krim tapi memang zero knowledge dan langsung tak tahu nak pilih yang mana satu sesuai dengan kulit.

Apa itu sunscreen? Apa pula sunblock?


Walaupun keduanya sama, tapi sunscreen dan sunblock bekerja dengan cara berbeza. Sunscreen adalah krim dalaman manakala sunblock untuk luaran.


Fungsi Produk


Sunblock bertindak sebagai penghalang fizikal antara kulit anda dan sinar matahari. Sunblock mengandungi bahan organik dan bukan organik yang duduk di permukaan kulit untuk mengelakkan sinar UV masuk ke dalam kulit.

Sunscreen biasanya merupakan pilihan yang lebih popular. Sunscreen berfungsi secara kimia dan mencegah tanda-tanda kerosakan jangka panjang dari sinaran matahari. Ia menyaring sinar UV dan membalikkan kesan berbahaya yang mungkin terdapat pada kulit. Selalu disarankan untuk memakai krim pelindung matahari ketika anda keluar dari rumah.


Kandungan Bahan


Sunscreen mengandungi kompaun organik yang dapat menjaga kulit daripada sinar UVA seperti oxybenzone, avobenzone, octisalate, octocrylene, homosalate dan octinoxate.


Sunscreen menapis sinar berbahaya yang terdedah pada kulit. Sunscreen melindungi anda dari sinar UVA (A bermaksud Aging – Penuaan). Oleh itu, sunscreen berfungsi secara kimia mencegah dan memperbaiki kerosakan jangka panjang pada kulit.

Sunblock juga mengandungi bahan kimia, tapi bahan kandungan yang membezakan kedua produk ini adalah zinc oxide atau titanium oxide.


Tugas utama sunblock adalah melindungi anda dari sinaran UVB (B bermaksud Burning – Pembakaran). Ini bermaksud krim ini akan melindungi lapisan luar kulit anda dengan menghalang dan memantulkan semua sinar berbahaya.


Tekstur


Sunscreen miliki tekstur yang tidak terlalu tebal, menjadikan ia sesuai untuk kegunaan seharian. Manakala, tekstur sunblock pula lebih tebal yang mungkin sukar digunakan oleh setengah orang. Kerana pekat likat, ia cenderung kelihatan putih pada kulit.

Yang mana bagus untuk kulit? Bergantung kepada keadaan dan masalah kulit anda juga. Tapi jika anda cari untuk kegunaan harian maka gunakan sunscreen. Namun untuk aktiviti outdoor seperti berada di pantai, sebaiknya gunakan sunblock yang berkesan mencegah kulit daripada terbakar.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart