Ini cara yang betul kemas peti sejuk supaya tak serabut

Serabut bila tengok barang tidak bersusun dan tidak teratur dalam peti sejuk, walhal dah acap kali mengemas jadi trik apa yang boleh diguna pakai untuk mengemas barang masak dalam peti sejuk?

Mahukan peti sejuk kekal tersusun dan kemas sepanjang masa, ini beberapa tips ringkas yang boleh kamu gunakan.

Klasifikasi Barang Mengikut Kategori

Pertama sekali kamu harus klasifikasikan segala barang makanan dan masakan yang ada dalam peti sejuk, kamu boleh kelaskan mengikut kategori seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bahan mentah dan sebagainya.

Simpan Barang Dalam Bekas, Beg Silikon Atau Beg Serba Guna

Selepas barang-barang dalam peti sejuk telah diklasifikasikan atau diasingkan mengikut kategori yang kamu buat, simpan barang masak di dalam bekas lutsinar, beg silikon atau beg plastik guna semula agar nampak lebih teratur dan tersusun.

Label Semua Barang

Selepas barang-barang masak dan makanan telah disimpan dalam bekas atau beg guna semula, kamu harus meletakkan label pada setiap bekas simpanan atau beg supaya tidak mengelirukan diri di mana nak simpan barang masak.

Pencangkuk Dan Karton Telur

Bagi yang memiliki peti sejuk yang besar dan mempunyai tempat untuk mencangkuk bahan masak, maka seolak-eloknya gunakanlah pencangkuk untuk menggantung bahan masak yang perlu.

Selain, karton telur juga boleh kamu gunakan untuk menyimpan bahan masakan lain seperti botol garam, kicap, sos cili, mayonis dan sebagainya.

Letak Alas Dalam Peti Sejuk

Untuk menampakkan peti sejuk lebih kemas dan bersih penggunaan alas serba guna dalam peti sejuk adalah digalakkan, dan pastikan alas yang dibeli boleh dibasuh serta tahan tahan lasak.

Dengan mengikut tips-tips yang dikongsikan diatas, peti sejuk kamu pasti akan berubah menjadi lebih kemas dan tersusun.

Selamat beramal!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart