Ini cara paling sopan tolak pinangan orang tanpa meninggalkan dendam

Kita dah cuba buka pintu hati kita untuk menerima calon yang ada di depan mata. Tapi entah kenapa, susah betul kita nak klik dengan si dia. Bermacam cara sudah dia usahakan, tapi soal hati dan perasaan ini kita tak boleh paksa. Semalam dia sudah telefon, katanya minggu depan dia nak bawa keluarga pergi meminang. Tak keruan anda dibuatnya.


Tak kan anda nak berpura-pura suka semata-mata nak jaga hati dia? Anda tak ada pilihan lain selain berterus terang yang dia bukanlah pilihan hati anda. Namun, ada cara nak tolak pinangan seseorang dengan sopan. Ia akan membuat kedua-dua belah pihak boleh menerima keputusan dengan hati terbuka tanpa dendam. Berikut adalah antara cara-cara yang kami cadangkan.

Istikharah


Mintalah pertolongan Allah dengan setiap keputusan yang kita lakukan. Jika si dia adalah jodoh yang terbaik untuk kita, semoga Allah dekatkan hati kita kepadanya. Tapi jika mencintai dirinya membuatkan kita semakin teruk, semoga Allah jauhkan. Selain itu, berbincanglah dengan keluarga terdekat terutamanya ibu ayah tentang pandangan mereka.


Jangan main tarik tali


Anda kena tegas dengan setiap keputusan anda. Jangan hari ini cakap lain, tapi hari esok cakap lain. Ingat tau, jangan beri harapan dan jangan mainkan perasaan orang lain. Kalau tak suka, berterus terang sahajalah dan biarkan dia move on mencari calon yang lain.

Apa yang dirasa


Bersemukalah dan cakaplah apa perasaan anda yang sebenar kepadanya. Jika ia melibatkan keluarga, maka jujurlah dengan keluarganya. Perasaan anda sebenarnya tak lebih dari seorang kawan atau anda hanya menganggapnya sebagai abang.


Pulangkan cara hormat


Pulangkan cincin dengan cara hormat. Ini kerana untuk melamar, seseorang memerlukan usaha dan keberanian. Jangan pula pergi lempar cincin dekat kedai makan. Jika kita menolak dengan hormat, maka kuranglah sakit hati keluarga si dia.

Tinggalkan kata semangat


Fasa-fasa pinangan ditolak boleh menyebabkan seseorang down teruk sampai tak lalu makan. Jadi, jangan perlekehkan dia. Pastikan anda tinggalkan dia dengan kata-kata semangat dan sokongan moral. Tapi ingat, hari perpisahan itu sahaja tau anda buat begitu. Jangan kacau dia selepas itu. Biarkan dia move on.


Jodoh adalah ketentuan Tuhan. Bukan salah sesiapa jika pinangan ini tak menjadi. Kita tak boleh paksa hati kita hanya semata-mata untuk jaga air muka orang lain. Tiada jodoh nampaknya. Apa yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak ialah saling menerima ketentuan dan mendoakan kebahagiaan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top