Ini 10 soalan paling famous tok kadi akan soal pengantin lelaki masa nikah

Akad nikah merupakan perkara wajib yang ada dalam rukun nikah. Akan tetapi, upacara akad nikah juga merupakan perkara yang paling digeruni oleh kaum lelaki kerana sudah menjadi tradisi Tok Kadi akan menanyakan soalan-soalan tentang agama sebelum akad nikah dijalankan.


Untuk mengelakkan dari kegugupan semasa dalam majlis akad nikah, maka adalah lebih baik jika pihak lelaki membuat persiapan awal. Sekaligus, memudahkan pihak lelaki untuk menjawab soalan dengan tenang dan nampak lebih berani tanpa ada rasa gugup semasa majlis nikah nanti.


Ini adalah contoh beberapa soalan yang seringkali ditanyakan oleh Tok Kadi. Jadi, sebelum malu tak dapat menjawab soalan depan orang ramai, lebih baik bersedia dan baca ilmu tentang perkahwinan.

1. Rukun Islam

Setiap umat Islam wajib mengetahui apa itu rukun islam. Soalan tentang rukun Islam adalah soalan umum yang sering ditanya oleh Tok Kadi semasa upacara akad nikah.


Ini kerana, tanggungjawab menjadi seorang suami yang sah adalah membimbing isteri dengan ilmu agama selepas berkahwin. Sebagai muslim, wajib hukumnya untuk mengetahui dan memahami rukun Islam. Di dalam rukun islam mempunyai lima perkara.


  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Solat lima waktu
  • Berpuasa di bulan ramadhan
  • Mengeluarkan zakat
  • Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

2. Rukun Iman

Selain dari rukun islam, soalan rukun iman juga antara soalan yang akan ditanya. Soalan-soalan asas ini memang tidak dapat dielakkan . Jadi pihak lelaki jangan lupa dan keliru antara rukun islam dan rukun iman. Di dalam rukun iman ada enam perkara.


  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada kitab
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada Hari kiamat
  • Beriman kepada Qada’ dan Qadar

3. Doa Qunut

Ada sesetengah orang yang kurang ilmu agama, kebiasaannya mereka akan keliru antara doa qunut dan doa iftitah. Jadi bagi seorang lelaki yang bernama suami yang akan menjadi imam, jangan pula terkeliru.

4. Bacaan Al-Fatihah

5. Dua Kalimah Syahadah

6. Selawat Nabi

7. Rukun Nikah

Untuk mendirikan rumah tangga bahagia, harmoni dan diberkati, sudah menjadi kewajiban setiap mempelai untuk mengetahui rukun nikah. Jika tidak lengkap rukun nikah ini, maka tidak sempurnalah upacara nikah tersebut. Rukun nikah ada 5 perkara.


  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Lafaz ijab dan Kabul (akad nikah)

8. Rukun Solat

Rukun solat merupakan perkara asas untuk melaksanakan ibadah solat. Setiap muslim wajib mendirikan solat lima waktu, kerana solat itu merupakan tiang agama. Jika solat tidak dijaga dengan sempurna, ia ibarat rumah yang tiada tiang, maka robohlah rumah itu.


Begitu juga dengan perkahwinan, pasangan yang kurang pengetahuan ilmu agama dalam berumah tangga pasti tidak aman dan akan menyulitkan hubungan dengan pasangan.

Rukun solat ada 13, antaranya adalah seperti berikut:


  • Berdiri betul
  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Membaca Surah Al-Fatihah
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk tahiyat akhir
  • Membaca tahiyat akhir
  • Membaca selawat
  • Memberi salam
  • Tertib

9. Bacaan Surah Pendek

Surah pendek yang paling gemar ditanya Tok Kadi adalah Juz Amma. Juz Amma merupakan juzuk yang terakhir di dalam Al-Quran dan juga merupakan surah-surah pendek yang sering dibaca di dalam solat. Mudah sahaja surah dalam Juz Amma ini, pihak lelaki tidak perlu bimbang jika ditanya oleh Tok Kadi. Cuma bacaan itu biarlah jelas dan tajwid dibaca dengan betul. Contoh beberapa surah Juz Amma adalah seperti:


  • Surah An-Nas
  • Surah Al-Falaq
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Kafirun
  • Surah Al-Kausar
  • Surah Ad-Dhuha

10. Tanggungjawab suami

Perkahwinan bukan hanya sekadar memberi kasih sayang dan kata-kata romantis seperti I Love You tetapi ianya merupakan satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh suami dan isteri. Sebaik sahaja akad nikah dilafazkan, seorang suami serta merta perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wanita pilihannya iaitu isteri.


Apakah tanggungjawab sebagai suami ?
Sebagai ketua keluarga, pelindung isteri dah anak-anakMengawal, membimbing, berusaha mencari keperluan hidup keluarga seperti rumah kediaman, pakaian dan makan minumMengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 thought on “Ini 10 soalan paling famous tok kadi akan soal pengantin lelaki masa nikah”

  1. Pingback: Iron Lady KLCC Rupanya Pernah Sorok Kerjaya, Buru Impian Untuk Tawan Puncak Burj Khalifa

Leave a Reply

Scroll to Top