Inai putih paling ‘WOW’ pilihan pengantin yang lebih simple dan trendy

Jika mengimbas kembali tradisi zaman nenek moyang kita dahulu, pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti akan mengadakan majlis malam berinai. Dalam majlis itu, jari jemari pengantin akan dipakaikan inai yang keesokan harinya, hasilnya memperlihatkan kesemua jari ratu sehari berwarna merah.

Ada juga yang turut memakaikan inai pada jari kaki.

Pada ketika itu, daun inai dipetik dari belakang rumah sahaja. Daun itu kemudian ditumbuk menggunakan lesung batu atau digiling bersama sedikit arang dan gambir bagi mendapatkan warna merah menyala dan tahan lebih lama.

Namun kini, mengikut arus perubahan fesyen terkini, inai putih semakin mendapat permintaan tinggi dari pengantin yang inginkan kelainan. Inai putih dilihat lebih trendy dan sofistikated.

Kami kongsikan pelbagai gaya inai putih untuk idea anda nanti.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart