Ika Nabila berhijab, mohon doa yang baik-baik untuk kekal istiqomah

Hijrah dan hidayah adalah kurniaan yang terbaik bagai seorang manusia. Ia tidak akan datang dengan sendiri jika bukan terdetik dari hati.

Terbaru selebriti Ika Nabila telah memuat naik beberapa gambar dirinya di laman sosial Instagram dengan gaya berhijab.

Setelah banyak soalan diajukan oleh sahabat-sahabat dan juga pengikut di Instagram akhirnya tuan punya badan membuka mulut, “Saya menerima banyak persoalaan dan juga pertanyaan menerusi mesej terus, whatsapp dan pangilan telefon.

“Untuk menjawab soalan anda, saya sedang bertatih, menyesuaikan diri dan masih mencuba menjadi indvidu yang lebih baik sebagai seorang isteri, ibu dan juga rakan anda.

saya ya? Saya juga akan mendoakan anda juga. Segan sebenarnya.”

Antara rakan-rakan selebriti yang meninggalkan komen positif di laman Instagram Ika.

Dalam satu hantaran lagi Ika menyatakan, “Saya baca kesemua komen anda. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya, keluarga saya dan perniagan saya @innateofficialhq.

Terima kasih kerana rasa gembira untuk saya. Saya doakan kalian dikurniakan rezeki kebahagiaan dunia dan akhirat. Masha Allah Tabarakallah.

”Tahniah Ika, semoga sentiasa dikuatkan hati dan terus istiqamah dalam balutan hijab sebagai seorang Muslimah.

Sumber & gambar : via Instagram @ikanabella

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart