Idea 5 restoran sesuai untuk lokasi majlis perkahwinan anda

Selalunya majlis atau kenduri perkahwinan akan dibuat dirumah pengantin sendiri. Kini di zaman millenium, masyarakat ingin membuat segalanya dalam bentuk pantas, cepat, tangkas dan tidak memenatkan. Iyalah, kalau diadakan dirumah proses mengemas itu dah mengambil masa yang lama. Itu belum lagi masalah sudut atau ruang yang sempit untuk menambah dekorasi pelamin, photobooth, meja beradab dan macam-macam lagi.

Kami cadangkan 5 lokasi terbaik untuk dijadikan lokasi perkahwinan selain dirumah anda. Lokasi pilihan kami kali ini ialah restoran yang menawarkan pakej perkahwinan lengkap.

Hah! Tak perlu susah susah nak cari wakil katering dengan siapa, pelamin nak ambil dengan wedding planner yang mana, 2 in 1 dah siap. 

Alamo Restaurant & Catering

Sebuah restoran yang menyediakan katering dan tempat khas bagi anda yang ingin mengadakan keraian seperti kenduri perkahwinan. Keluasan kawasan luar dan dalam restoran ini membolehkan anda untuk menyediakan majlis yang besar dan menjemput tetamu yang ramai. Jangan risau, lot parking yang disediakan oleh Alamo juga banyak.

Info Alamo Restaurant & Catering

Alamat           : Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
No telefon     : 03-2691 2353 / 012-3960182 / 017-6693484
Facebook       : Alamo Restaurant & Catering
Instagram      : @alamorestaurantcatering
Laman rasmi : www.alamo-restaurant.com

Selain menyediakan hidangan lauk-pauk, Alamo juga lengkap dengan pakej perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan gubahan pelamin, meja beradap malah doorgift untuk tetamu anda. Tak perlu pening-pening nak ulang alik ke kedai untuk membeli doorgift. 

WOW, Kuala Lumpur

Jika anda inginkan majlis perkahwinan yang mempunyai elemen mewah tapi dalam kadar harga yang berpatutan, anda boleh book di restoran WOW yang dahulunya dikenali sebagai Saloma Bistro. Memiliki beberapa dewan yang besar dan luas sesuai untuk anda yang nak dekorasi pelamin besar ala selebriti.

Info WOW

Alamat           : Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), 139 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
No telefon     : 03-2161 9122
Laman rasmi : saloma.com.my

Menariknya lagi, restoran WOW akan menyediakan persiapan majlis anda mengikut tema, menu dan aturan yang anda dan pasangan mahukan. Menu hidangan buffet pula sesuai dengan nama restoran yang menonjolkan makanan Malaysia, masakan tradisional Melayu pasti menyelerakan untuk tetamu anda. Selain itu, bonus untuk anda kerana lokasi restoran WOW berlatar belakang menara berkembar KLCC. Bolehlah merakam gambar perkahwinan yang ‘wow’ disini.

Zam zam Arabic Restaurant

Bukan sahaja menyediakan hidangan nasi arab yang lazat, pelbagai pakej perkahwinan juga disediakan oleh Restoran Zam zam. Anda jangan terlepas dengan promosi yang ditawarkan oleh mereka, siap beri jurugambar dan percuma karaoke! Siapa tak nak kan?

Info Zam zam Arabic Restaurant

Alamat           : Oasis 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, G9/G, Seksyen 9 Shah Alam, Selangor
No telefon     : 03-5512 3505 / 03-5512 3606
Laman rasmi : zamzamcuisine.com

Selain hidangan makanan Arab, mereka juga boleh menyediakan makanan Melayu seperti nasi minyak, beriyani dan sebagainya. So, tak usah risaulah kalau ada sanak saudara yang tiba-tiba tak boleh nak jamah nasi Arab. Dewan besar restoran ini juga mampu memuatkan tetamu 1,000 orang dalam satu masa. Ramai tetamu? Tempah jer disini, selesai masalah!

Lakesight, Kelana Jaya

Serius kat sini cantik sangat kalau buat majlis resepsi perkahwinan. Bagi anda dan pasangan yang inginkan perkahwinan tema tasik atau taman anda patut menempah pakej disini. 

Info Lakesight, Kelana Jaya

Alamat           : A-5-1, Jalan SS7/13A, Plaza Kelana Jaya, Petaling Jaya
No telefon     : 017-3047245
Facebook       : Lakesight

Pasti majlis anda akan bertambah romantik dengan sepoi-sepoi angin bayu bersama alunan lagu istimewa. Pihak Lakesight juga menerima tempahan untuk menghias dekorasi majlis anda. Nak yang macam mana, minta jer mereka siapkan. 

Neo Tamarind

Berkonsepkan restoran dalam rimba, pasti memberi efek suasana yang menarik dan romantis. Jika anda ingin mengadakan majlis perkahwinan yang lebih privasi, bolehlah menempah di Neo Tamarind. 

Info Neo Tamarind

Alamat           : 19, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang 50250 Kuala Lumpur
No telefon     : 03-2148 3700
Laman rasmi : tamarindrestaurants.com

Elemen kehijauan dan seperti alam rimba dapat ditonjolkan dalam setiap sudut restoran ini. Anda tak perlu pergi jauh untuk photoshoot gambar perkahwinan anda, disini dah cukup cantik untuk bergambar. Hidangan makanan yang disediakan oleh chef di Neo Tamarind ialah Asian cuisine dan beberapa lagi menu menarik lain dari yang lain untuk majlis resepsi anda. 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart