Ibu B40 layak terima RM200 sebulan. Ini Cara Mohon Program KISS

Melalui Belanjawan Selangor 2021 yang dibentangkan pada 30 Oktober, ibu tunggal serta wanita dalam golongan berpendapatan rendah (B40) akan menerima bantuan RM200 sebulan bagi membeli barangan keperluan asas.

Sumbangan akan disalurkan melalui Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang diteruskan pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM62 juta.Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana berkenaan merangkumi bantuan khusus kepada 5,000 peserta KiSS Ibu Tunggal.

“Kajian dijalankan Institut Wanita Berdaya (IWB) menunjukkan 42 peratus ibu tunggal kehilangan pendapatan isi rumah akibat pandemik Covid-19”.

Oleh itu, ibu yang berkelayakan bolehlah membuat permohonan dalam masa terdekat nanti.

Bagi yang belum tahu, berikut adalah maklumat lanjut tentang Program KISS 2020/2021.

APAKAH PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR?

Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) yang dimulakan sejak tahun 2018.

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas, di mana bantuan RM200 setiap bulan akan didebitkan secara automatik melalui kad KISS.

Dengan menggunakan kad ini, ibu-ibu dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

MANFAAT KAD KISS

  • Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
  • Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

  • ​Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

*Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

CARA MENDAFTAR PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR

​Secara atas talian : Menerusi Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atauSecara manual : Borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di :

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri Pusat Khidmat DUN
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen Pusat Khidmat DUN
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya (PWB)
Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top