6 Idea Hiasan Meja Makan Pengantin (Meja Beradab) Yang Kreatif Tapi Sungguh Mempersonakan!

Mengimbau kembali memori majlis perkahwinan zaman dulu, kita tentu biasa melihat geng-geng mak cik berebut-rebut buat persiapan untuk menghias meja makan pengantin atau lebih dikenali sebagai meja beradap. Majlis perkahwinan moden hari ini, kebanyakkan menyerahkan kepada pihak katering untuk menguruskan.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tips idea hiasan meja makan pengantin yang betul dan menjimatkan.

Apa itu meja beradap?

Meja beradap adalah untuk acara makan beradap. Ia menjadi satu keutamaan bagi mana-mana majlis walimatul urus selain pelaminan yang menjadi tempat untuk pengantin bersanding dan diraikan.

Di Johor, acara makan ini lebih dikenali dengan panggilan makan berdamai. Mungkin ramai yang tidak tahu maksud sebenar di sebalik amalan makan beradap untuk pasangan pengantin baru ini.

Zaman dulu, makan beradap dianggap sebagai pertemuan pertama atau sesi suai kenal bukan sahaja kepada pasangan pengantin sendiri tetapi untuk keluarga kedua-dua belah pihak juga.

Dalam masa yang sama para tetamu yang hadir juga bahkan mengambil peluang ketika acara ini untuk melihat pengantin secara lebih dekat disebabkan sebelum ini mereka juga tidak pernah melihatnya. Hari ini, biarpun amalan makan beradap masih diteruskan lagi tetapi ianya kurang diberi perhatian kepada makna sebenar ia diamalkan.

Kenapa perlu makan beradap dalam majlis kahwin?

Makan beradap ini biasanya dibuat di luar rumah. Hal ini kerana, zaman dulu kebanyakkan rumah masyarakat Melayu ketika itu sempit, dan kecil. Justeru itu, apabila ia dibuat di luar, para tetamu dan sanak-saudara boleh berkenal-kenalan dengan mereka.

Idea hiasan meja makan pengantin yang mudah, DIY sendiri

Zaman sudah berubah, begitu jugalah dengan food styling turut berubah juga. Justeru itu, rata-rata kos bagi menghias meja makan pengantin pasti mencecah ratusan ringgit, sungguhpun hanya untuk sebuah meja panjang.

Untuk lebih jimat, apa kata anda hias sendiri meja pengantin untuk majlis perkahwinan anda. Berikut adalah beberapa idea hiasan meja pengantin yang boleh dijadikan panduan untuk anda cuba.

1. Susun atur meja beradap

Untuk susunan meja beradap, meja haruslah diletakkan di tengah-tengah komposisi keseluruhan acara. Hal ini untuk memastikan para tetamu dapat menonton pengantin lelaki dan pengantin perempuan itu.

Elakkan dari memilih lokasi yang terlindung sehingga menyebabkan acara makan beradap itu tidak dapat disaksikan sepenuhnya oleh tetamu yang hadir. Meja perkahwinan sebaiknya mengandungi unsur-unsur yang digunakan dalam hiasan meja tetamu.

Begitu juga dengan halnya susunan kerusi untuk meja beradap. Kebiasaan, tempat duduk akan diletakkan di kepala meja agar mudah untuk duduk dan keluar masuk.

2. Pemilihan warna

Aspek lain dalam memahami idea hiasan meja beradap adalah untuk mengambil kira pemilihan warna hiasan. Hiasan yang paling baik dibuat dalam warna-warna yang terang.

Tema warna haruslah sepadan dengan pakaian pengantin baru. Hari ini, warna yang banyak digunakan dalam majlis perkahwinan adalah seperti merah, marsala, merah jambu cerah, hijau kaya, warna kelabu-biru, kopi dan susu, kuning dan gabungannya dengan burgundy.

3. Pemilihan bunga hiasan

Bunga-bungaan hiasan tidak akan pernah lari untuk melengkapi dekorasi sesebuah perkahwinan. Namun menggunakan bunga segar semata-mata untuk menghias ia mungkin tampak membosankan dan biasa.

Apa kata anda tukarkan idea hias meja akan pengantin ini dengan dekorasi seperti jambangan bunga, pokok succulent, terrarium, rustic roses, gubahan edibel (gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran), dan sebagainya.

Hanya sahaja, jangan gunakan hiasan tinggi untuk menghiasi meja kerana tetamu harus melihat antara satu sama lain.

4. Rekaan bentuk makanan

Penyediaan sajian perkahwinan adalah menggembirakan diri dengan makanan yang paling lazat. Ia sepatutnya perlu mengambil kira semua aspek misalnya seperti semua jenis hidangan, citarasa, dan pilihan pengantin baru.

Hal ini, bagi memastikan pasangan pengantin ini berpuas hati dengan hidangan dan sajian tersebut. Kebiasaannya, hidangan utama untuk acara makan beradap pengantin adalah seperti ikan kerapu masak masam manis, ayam golek kuzi, udang laut goreng bersos lemon, puding koktel, dan buah anggur.

Rekaan berbentuk bunga, tulisan ataupun objek tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

hiasan meja makan pengantin

5. Tekstil untuk hiasan meja

Tekstil yang cantik memainkan peranan penting untuk menghias meja, kerusi, dan sebagainya. Utamakan pemilihan kepada fabrik lutsinar halus warna pastel sepertii organza, sifon, dan nilon.

Gabungan pelbagai fabrik dibolehkan selagi mana ia sesuai. Boleh juga diletakkan alas meja renda di atas meja pengantin. Kain legap biasa hendaklah diletakkan di bawah kain kerawang atau kanvas lutsinar supaya kaki mereka yang duduk di meja tidak kelihatan. Hidangan boleh dihiasi dengan tulle lapang.

6. Hiasan gantungan

hiasan meja makan pengantin

Banyak sebenarnya hiasan gantungan yang boleh kita gunakan untuk menghias meja beradap. Contohnya seperti lilin, bunga, belon, riben, pokok succulent, dan tanglung bagi yang mahu mengaplikasikan tema orriental.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai idea meja hiasan pengantin ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk anda merancang majlis perkahwinan yang lengkap.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top