40 Pilihan Corak Henna Tangan simple Tapi “Cute” Untuk Kahwin & BERTUNANG

Pemakaian henna bagi kaum wanita bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Malah kaum wanita gemar untuk memakai henna atau inai pada setiap masa walaupun tidak terlibat dalam perayaan atau apa-apa majlis seperti bertunang atau berkahwin.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda pelbagai pilihan corak henna tangan simple yang boleh anda padankan di majlis perkahwinan nanti.
APa itu henna?

Henna atau dipanggil juga sebagai mehendi merupakan satu bentuk seni menghias tubuh yang paling kuno. Penggunaan henda ini berlaku merentasi beberap zaman dan negara mengikut peredaran masa.
Asal usul budaya ini datangnya dari negara India dan kemudian ia menyebar ke seluruh dunia seperti Mesir, Asis Kecil, dan Timur Tengah.
Bahkan catatan sejarah turut merekodkan babahawa henna pernah digunakan dalam proses mumifikasi Raja Firaun hingga Ratu Cleopatra sendiri untuk menghias tubuh.
Pada zaman moden ini, henna dijadikan perhiasan wajib bagi rata-rata pengantin di Asia khususnya kepada pengantin wanita sebagai simbol kecantikan.
Beza henna dan inai kuku
Henna Tangan | Inai Kuku |
Berasal dari campuran duan inai dan pewarna yang dipek dalam tiub | Berasal dari sejenis pohon berbunga yang dinamakan Lawsonia inermis (pokok inai) |
Mengandungi bahan-bahan pewarna glukosid dan asid henotanik | Mengandungi bahan-bahan pewarna glukosid dan asid henotanik |
Tidak perlu tumbuk atau giling, terus boleh dipakai pada kuku dan jari-jemari | Perlu tumbuk atau giling hingga lumat sebelum dipakai pada kuku dan jari-jemari |
Warna henna tetap mengikut pilihan warna yang dipilih | Warna inai akan bergantung pada darah seseorang sama ada ia akan menjadi warna oren terang sehingga kemerah-merahan. |
Hanya perlukan masa 5 – 10 minit untuk nampak warna | Perlukan masa lebih lama dan dibiarkan semalaman untuk warna lebih gelap dan cantik |
Jenis henna tangan
Terdapat beberapa jenis henna tangan yang boleh kita dapatkan dipasaran hari ini. Berikut ini adalah antara jenis henna tangan yang boleh anda dapatkan dan cuba.
1. Jenis daun

Henna jenis daun agak rumit untuk disediakan oleh kerana ia perlu digiling daun inainya terlebih dahulu sehingga lumat sebelum dipakai.
Silap dalam proses menggiling daun inai, maka ia akan menganggu ketika proses pemakaian inai di jari nanti.
2. Jenis serbuk

Henna jenis serbuk sedikit mudah untuk disediakan iaitu hanya menambah dan membancuh serbuk tersebut dengan air sahaja.
Sesetengah pemakai henna gemar juga untuk menambah perahan limau, lemon, minyak zaitun dan pelbagai lagi bahan untuk mendapatkan warna yang lebih terang dan gelap.
3. Jenis tiub

Henna jenis tiub ini lebih mudah untuk dipakai berbanding dengan serbuk. Kita boleh terus memakainya pada jari atau tangan mengikut kesesuaian diri.
Namun kekurangan pada jenis henna ini adalah ia kurang sesuai untuk membuat ukiran oleh kerana tiubnya agak besar dan menyukarkan kita membuat corak dan design yang dimahukan.
4. jenis kon

Henna jenis kon adalah yang paling moden, dan banyak dipakai oleh ramai pengantin wanita hari ini.
Ia sangat mudah untuk digayakan, terdiri dari pelbagai jenis warna yang menarik, serta bebas untuk tentukan saiz mata kon yang dikehendaki bergantung kepada ukiran itu sendiri
Panduan Corak henna tangan simple
Berikut ini kami kongsikan beberapa corak henna tangan simple yang sesuai untuk digayakan dalam majlis perkahwinan atau sebagai perhiasan kasual wanita.
Corak bunga








Corak tatu




Corak daun






Corak kerawang











Corak lace











Tips pemakaian henna yang selamat
Pamakaian henna tangan simple dan selamat ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Namun secara umumnya, dalam memilih henna kita juga perlu pastikan penggunaannya tidak memudaratkan kepada kulit, kuku, dan rambut sendiri.
Hal ini boleh dipastikan dengan meneliti bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan henna tersebut.
Dalam masa yang sama, amatlah disarankan untuk memilih produk henna yang semula jadi berbanding yang ditambah dengan bahan-bahan kimia asing.
Hal ini kerana, sesetengah bahan kimia akan memberi kesan dan tindak balas yang teruk kepada diri kita khususnya kulit.
Kulit kita mula terasa gatal, terbakar, dan timbul parut-parut merah yang mengakibatkan jangkitan kuman lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif dan khuatir untuk menggunakan henna, anda boleh merujuk kepada mana-mana doktor untuk pertanyaan lanjut bagi mendapatkan kepastian yang terbaik.
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan henna tangan simple ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam memilih perhiasan terbaik bagi majlis perkahwinan anda nanti.
artikel Berkaitan:
- Inspirasi Inai Henna Buat Pengantin Lebih Berseri
- Jari Nampak Manis Bila Dipakai Inai, Ini Rahsia Buat Inai Tahan Lama
- Benarkah Acara Malam Berinai Semakin Pupus?