Posted on: February 11, 2021 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Bukan semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang sangat bernilai jika memilikinya.


Begitulah juga dengan seorang gadis yang dikenali Farah Daim ini yang dikatakan telah melukis watak 17 Disney Princess memakai pakaian tradisi Melayu mengikut negeri.


Semua hasil lukisan peribadi tersebut dimuat naik di Facebook miliknya.

Namun, seorang pengguna Twitter @Rizorawang telah membuat perkongsian semula lukisan berkenaan serta mendapat pelbagai respons di laman sosial itu.

Rata-rata memuji hasil karya yang cantik itu dan ada juga tidak setuju dengan warna kulit untuk negeri Pulau Pinang.

Justeru Farah mengatakan semua watak Disney Princess itu bukan mewakili mana-mana negeri.

“Harap korang tidak salah faham bahawa watak Disney Princess ini hanya seperti pelancong yang memakai pakaian tradisional dan tidak mewakili mana-mana negeri,” tulisnya di Facebook.

Menurutnya, dia mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan kesemua itu.

“Saya mengambil masa tiga bulan untuk menyelesaikan semua 17 Disney Princess dalam busana tradisional tempatan (pakaian) berdasarkan negara Malaysia ditambah dengan Singapura dan Negara Brunei.


“Saya turut mengambil masa dua bulan untuk membuat sketsa dan mendapatkan ‘vibe’ yang tepat untuk setiap puteri. ‘Pose’ dan gaun berdasarkan busana tempatan sementara warna dan corak berdasarkan pada setiap pakaian puteri asli dari filem Disney.


“Saya harap korang menyukainya, ini hanyalah projek peribadi saya kerana saya selalu ingin melihat pakaian ini dalam pakaian tempatan kita dan saya sangat gembira dengan hasilnya,” katanya.

Farah juga berharap orang ramai tidak menyalahgunakan lukisannya.


Dalam ribuan komen diberikan warganet, kami tertarik dengan perkongsian @Wawawax Husna ini yang menyenaraikan dengan lengkap nama setiap Disney Princess tersebut.

  • Perlis – Anna
  • Kedah – Merida
  • Penang – Tiana
  • Perak – Rapunzel
  • Selangor – Esmeralda
  • N9 – Aurora
  • Melaka – Belle
  • Johor – Megara
  • Pahang – Pocahontas
  • Terengganu – Ariel
  • Kelantan – Elsa
  • Sabah – Moana
  • Sarawak – Kida
  • Indian – Jasmine
  • Chinese – Mulan
  • Singapore – Snow White
  • Brunei – Cinderella

Leave a Comment