Hanya modal RM3, anda boleh DIY inai yang lebih cantik

Benda boleh DIY, buat apa membazir beli. Betul tak?

Kalau nak beli inai yang dah siap memang tak cukup 1 tiub untuk 20 jari tangan dan kaki kita. Kalau satu tiub berharga RM5 kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 tiub untuk melengkapkan kesemua inai di jari tangan dan kaki termasuk lukisan kerawang yang sarat. Sedangkan jika kita buat sendiri, kos tak sampai RM3 pun. Tak perlu membazir pun…

Kebiasaanya iani yang dibuat sendiri lebih berkualiti dari segi kepekatan warnanya dan dijamin selamat kerana tiada sebarang campuran kandungan merbahaya.

Jom kami tunjukkan kepada anda macam mana nak buat inai DIY.

Bahan asas yang diperlukan:

1) Kapur sirih

Kredit: siraplimau.com

Bahan ni adalah yang paling wajib ada. Jika tiada maka warna inai anda tadi tidak akan terserap. Ambil secubit sahaja untuk dicampurkan dengan bahan lain. Jangan ambil banyak nanti tak pasal-pasal panas seluruh jari jemari yang molek tu.

2) Sabun mandi jenis ketul

Kredit: Rosdiana Dian

Hanya ambil sebesar 2 cm sahaja. Kalau nak guna sabun axion jenis ketul pun boleh. Yang penting jenis sabun ketul tau. Jangan guna sabun cecair.

Kredit: Rosdiana Dian

Kemudian hiris sabun tadi halus-halus supaya mudah larut.

3) Pewarna merah (pewarna makanan)

Kredit: Rosdiana Dian

Ha! pastikan anda guna pewarna makanan warna ceri merah. Janganlah pula ada yang gunakan water color. Nanti warna inai tak seperti diharapkan pula.

Cara-caranya:

Kredit: Rosdiana Dian
  • Campur kesemua 3 asas bahan tadi sehingga sebati. Jangan campur air tau. Adjust pewarna tadi ikut kepekatan yang anda suka. Kemudian sapukan pada kuku dengan rata dan seimbang supaya warna inai sekata.
  • Biarkan 20-30 minit sehingga kering kemudian bilas dengan bersih.
  • Tadaaa…siap. Anda boleh lihat sendiri hasilnya memang cantik.
Kredit: Rosdiana Dian

Ok..jangan risau tau sebab inai ni tahan lama dan boleh dibawa solat. Selamat mencuba!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart