Posted on: July 17, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Masak makanan atau juadah yang berasaskan daging lembu ternyata bukan semua akan menjadi. Ada yang akan menjadi lembut dan ada juga yang entah berapa kali masak pun akan tetap liat juga daging tersebut. Oleh itu, terdapat satu perkongsian dan petua dati tukang masak Thai dimana terdapat cara yang berkesan untuk melembutkan daging lembu sebelum masak. Barulah berselera makan nasi bersama juadah daging lembu dan tak melekat di gigi kan?

PETUA 1: PETUA DARI TUKANG MASAK THAI, GUNA AIS BATU


Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit. Time air tengah menggelegak kuat tu masukkan dalam ketul ais.


Kejap je daging tu empuk. Petua ini saya dapat dari tukang masak thai.

PETUA 2: GUNA MINYAK MASAK


Kami share cara nak lembutkan daging untuk ahli group. Moga manfaat untuk yang pening cara nak lembutkan daging. Selalu orang rebus, tapi cikgu tak rebus.


Caranya:

1.Bubuh 2 sudu je minyak, panaskan minyak
2.Masukkan daging
3. Air akan keluar sendiri dari daging itu.
4.Cikgu gunakan api yang kuat.
5.Kacau sekali sekala je daging tu. Masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.

Air dah kering maka lembutlah daging tu. Daging empuk dan lembut, mudah dan simple je. Senang kan nak daging lembut?

Leave a Comment