Ha masukkkkkkk… Kak Lina Pom Pom ajak netizen sahut cabaran

Lakonan mantap Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom sebagai Mona dalam drama Kampung People kembali lagi dalam musim kedua kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Umum sedia maklum yang Kak Lina Pom Pom seorang yang sporting dan ‘masuk air’ sehingga membuatkan orang senang terhibur dengannya.Tengok sahajalah lenggok jalan dan gaya percakapannya yang sentiasa menarik orang ramai.

Buat yang mengikuti drama Kampung People 2 pastinya ada yang perasan satu babak yang mana Mona sedang membersihkan rumah dan menyanyikan lagu berjudul Empat Dara.

Kemudian datang ibunya dalam drama itu yang dilakonkan oleh Adibah Noor menyambung lagu tersebut.Terbaru, Elly Mazlein nyanyi semula lagu Empat Dara ini dan mencabar warganet untuk menyambungnya.

Video Elly Mazlein nyanyi semula lagu Empat Dara yang dimuat naik semalam ini telah meraih lebih 880 ribu tontonan dan 85 ribu likes.Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.

Kata mereka; Dah macam acik-acik marhaban taww suara gituu… hahahhahahaha..berdekak laa.

Siapa tengok banyak kali angkat tangan.

Aku stress hari ni, jumpa jugak hiburan buat tegang pipi di petang hari.Hahahahahha berdekah! Berulang kali aku tengok.

https://web.facebook.com/nyza.ali/posts/10158596364906069
Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart