Guna barang dari Mr.DIY sahaja! Ini cara deko rumah ala mewah tapi bajet rendah

Bila fikirkan untuk menghias rumah, apa yang ada dalam kepala korang adalah kos, kan? Betul, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa menghias rumah akan menelankan kos yang tinggi. Sejauh mana pandangan itu kepada kita?
Sebenarnya kalau korang nak tahu, cara hias rumah sendiri tak perlulah upah pakar, cuma anda boleh buat sendiri dengan kos yang rendah malah lagi berpuas hati dengan bajet yang sedia ada.
Tambahan pula sekarang kan tengah trend dan banyak pengguna Facebook melontarkan idea-idea mereka di laman sosial dengan menggunakan barangan daripada MR.DIY. Maklumlah, kat situ banyak barangan keperluan rumah dan isi rumah dijual dengan harga yang sangat murah dan amat berbaloi.
Apa yang korang perlu ada hanyalah imaginasi dan kreativiti. Ini adalah tiga ‘trik’ mudah jika nak hias kediaman korang tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak dan berpatutan. Idea ini juga boleh digunapakai untuk semua jenis rumah sama ada sempit atau rumah kos rendah.
1. Pulihkan Jika Dinding Kelihatan Kotor

Mudah je, korang perlu tampal dinding menggunakan Deco 3D yang boleh didapati di cawangan MR.DIY dengan pelbagai jenis rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan bila korang nak ubah bentuk yang lain.
Tapi, sebelum korang nak ubah suai , pastikan keadaan dinding korang bersih. Jika ada masalah untuk menanggalkan kesan sticker, double tape atau kesan-kesan yang melekat pada dinding dengan mudah saja guna Sticker Remover by Getsun hanya boleh dapatkan di mana-mana cawangan MR.DIY .
Mesti ada yang tertanya-tanya cara nak menanggalkan sticker, ini caranya. Murah sangat harganya RM 5.90 je!

Lepas menggunakannya, barulah korang dapat menghiaskan dinding korang dengan corak yang cantik !
2. Tutup Ruangan Bawah Sinki
Kalau dah nama perempuan tu, mesti nak rumah kelihatan kemas dan cantik. Termasuklah pada bahagian dapur. Bila rumah dah kemas, barulah hati tenang, yer kan?

Mudah je nak selesaikan masalah di dapur supaya tidak kelihatan serabut dan banyak barang, hanya mengubah suai shower curtain untuk menutup pada bahagian bawah sinki. Modal yang kecil tetapi dapat cantikkan ruangan dapur rumah korang.
Jangan pening-pening lagi, beli je barang ni di cawangan MR.DIY yang terdekat harganya sangat murah dan berpatutan!
3. Ubah Gaya Perabot
Trik ni mudah untuk korang pilih yang mana terbaik. Kalau ada bajet lebih tu, tukarlah perabot baru, jika tak, ubah ikut cara di bawah.

Tukar sarung kerusi atau bangku dengan yang baru supaya dapat menampilkan gaya yang lebih kreatif. Dengan cara yang paling mudah untuk rumah korang nampak cantik dengan serikan sarung yang kosong dengan warna yang lebih ceria atau sequin!

4. Berbelanja Di Cawangan MR.DIY

Untuk pengetahuan korang, MR.DIY memiliki lebih daripada 500 cawangan di seluruh Malaysia. Mereta tempat ada. Tapi tak sangka pula rupanya MR.DIY sudah berkhidmat kepada lebih 7 juta pelanggan setiap bulan di seluruh cawangannya dan melalui dalam talian www.mrdiy.com.my