Gelang emas Pulut Dakap jadi viral, Ini tips cara kira & beli paling mudah difahami

Jangan pisahkan orang perempuan dengan emas, sebab itu adalah sebahagian daripada perkara yang boleh buat hatinya bahagia. Kecil ke besar, tetap isteri terima dengan hati terbuka.

Jadi suami, nak membeli emas pun kenalah tahu cara betulnya. Tidaklah nanti anda kerugian dalam pembelian.

Isteri, boleh saja panjang-panjangkan perkongsian ini pada suami. Mana tahu suami terbuka hati nak hadiahkan emas ‘pulut dakap moden’ yang tengah trending tu. Silap-silap dapat sekali ‘anaknya’.

Kenapa Dipanggail Emas Pulut Dakap Bengkok Perut Ular

Nama gelang ni Pulut Dakap Moden atau nama saintifiknya Pulut Dakap Daun Bengkok Perut Ular.

Kenapa Daun Bengkok? Sebab daun dia tak simetri macam Pulut Dakap biasa. Kenapa Perut Ular? Sebab saiz daun dia tu besar di tengah macam ular sawa baru lepas telan duit eh, makanan.

Jom belajar matematik pula...

Harga emas semasa hari ini ialah RM245 untuk 1g. Berat tu ialah 17.29g.
Darab RM245 dengan 17.29, kita akan dapat RM4236.05. Silap, bukan kita yang dapat, orang kedai tu yang dapat.

Boleh tahan mahal kan?

Tapi, kalau trade in (jual, ambik duit tunai dan tambah), kedai akan ambil RM210 untuk 1g emas yang kita ada. Jadi kalau kita ada emas seberat 14g.

Darabkan 14 dengan RM210. Nilai yang kita ada ialah RM2940.00.

Ini bermakna, dari harga sebenar RM4236.05 tu, kita tolakkan dengan emas yang kita ada sebanyak RM2940, kita hanya perlu tambah RM1296.05 sahaja. Silap, suami orang tu yang kena tambah RM1296.05.
Hasilnya, dapatlah gelang baru yang lebih berat dengan design yang terkini dan sedang trending.

Kebanyakan Kedai Sekarang Tak Letak Harga UpahIni semua info je untuk pengetahuan (racun) semua. Macam mana saya boleh tau semua ni? Sebab rasa macam ade bisikan kat telinga ni setiap hari. Ala-ala suara Yusof Taiyoob tu. “Pulut Dakapppppp ssssss”. Halus je bisikan dia. Menusuk masuk terus dalam gegendang telinga ni.

Sebelum terlupa, gelang ni ada anak dia. Orang kata, tak baik pisahkan anak dari ibunya. Nanti diorang sentiasa merindui. Orang kata la, bukan isteri saya.

Anak dia si cincin tu pulak berat dia 1.67g bersamaan RM409.15. Jadi, kalau anda jenis yang baik dan tak suka pisahkan ibu dengan anaknya, anda belilah dua-dua. Jumlah dia lepas trade in RM1705.20 sahaja.

Kalau ada yang tanya pasal harga upah berapa? Sekarang banyak kedai emas bagi free upah. Jadi kedai mana yang masih nak minta duit upah tu memang ketinggalan sikit. Boleh cari kedai lain.

Itu sahaja info untuk hari ini. Semoga dapat gunakan info ini sebaik mungkin. Kongsikan info ini supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top