Gadis ini terkejut kulit muka menjadi kuning dan susah dihilangkan lepas pakai masker kunyit

Satu tweet menarik dan lucu telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter Indonesia iaitu @ibuibuyakult iaitu mengenai dirinya yang mencuba masker wajah yang dibuat sendiri berasaskan kunyit.

Namun tanpa diduga, warna kuning daripada kunyit tersebut tidak mahu hilang lalu membuatkan wajahnya menjadi kekuningan.

Tweet tersebut terus menjadi viral hingga mendapat lebih 11 ribu retweet setakat ini.

“Kata mama kunyit bagus dipakai buat masker tapi kenapa kuningnya tak boleh hilang? Allahuakbar”

Ramai yang terkejut dengan gambar yang dikongsikan dan bergurau dengannya selain berkongsikan cara yang sebetulnya untuk dipakai.

“Patutnya pakai kunyit dicampur dengan oatmeal bersama susu barulah tidak menjadi kuning begitu. Oatmeal boleh menghilangkan sisa kulit mati manakala susu mencerahkan kulit”

Ada juga yang mengatakan kenapa susah-susah buat sendiri, di pasarankan sudah ada masker kunyit yang siap dijual?

Sebentar lagi nasib anda akan bertukar seperti kucing ini.”

Yang ini pun boleh tahan. Ada ke disuruhnya pakai sabun detergent untuk menanggalkannya. Aduh, lucu sungguhlah!

Kredit: twitter @ibuibuyakult

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart