Fakta sebenar Malam Berinai yang semakin pupus

Jarang dengar orang buat malam berinai yang betul-betul mengetengahkan adat sebenar malam berinai. Kini, masyarakat guna nama ‘malam berinai’ hanya untuk malam bertemakan malam memakai inai bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebenarnya itu yang silap, ianya bukan majlis untuk suka-suka dan berdendang dengan hiburan semata-mata. Ianya sebuah malam berhias untuk para pengantin yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat.

Terdapat dua jenis malam berinai iaitu malam berinai kecil dan malam berinai besar. 

Apa itu malam berinai?

Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Hanya keluarga terdekat yang hadir pada majlis ini yang bertujuan untuk menghiaskan pengantin perempuan. Inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.

Malam berinai besar pula diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yang akan melihat tetamu lelaki melemparkan sedikit nasi kunyit di sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Proses yang sama diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Akhir sekali, sedikit pes inai diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.

Ada juga adat berarak dan mandi bunga bagi menaikkan lagi seri pengantin semasa majlis malam berinai berlangsung. Istimewa bagi pengantin perempuan pula akan bertukar-tukar busana mengikut negara atau daerah. Kalau diikutkan malam berinai terdapat tiga peringkat bukan dilakukan pada satu malam sahaja.

Jika dua mempelai telah dinikahkan pada hari siang, mereka berdua akan naik pelamin pada malam berinai sebelum hari persandingan. Ia bukan melibatkan satu pihak sahaja (pengantin perempuan) tapi kedua-dua pihak sekaligus.

Berbaloi ke?

Memang penat kalau hendak menambah lagi majlis selain majlis nikah dan persandingan tapi ini semua terpulang kepada kemampuan kewangan pengantin sendiri. Kalau anda betul-betul menghargai adat resam boleh tambah dalam jadual majlis anda. Namun jika ia terasa membebankan, tidak perlu.

Anda perlu tahu, majlis malam berinai hanyalah untuk menghias jari-jemari anda dengan ukiran pes inai. Dapatkan nasihat dan cadangan dari ahli keluarga juga, kerana keluarga memainkan peranan yang penting sekali untuk majlis berjalan dengan lancar.


Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart