Emas kuning vs putih? Yang mana paling tepat dan sesuai untuk si pengantin

Cincin merupakan simbolik ikatan sesuatu perhubungan antara lelaki dan perempuan. Malah, ia juga sebagai tanda anda sudah berpunya. Tapi ada juga yang memakai cincin sebagai perhiasan diri.


Disini kami kongsikan tips memilih cincin utk hari pernikahan anda:

Emas Kuning atau Emas Putih?
Emas kuning lebih murah berbanding emas putih. Tetapi ramai anak anak muda lebih gemar memakai emas putih kerana tampak lebih trendy dan ekslusif.



Kesesuaian cincin & bentuk tubuh
Apa yang perlu dititikberatkan adalah warna kulit, saiz atau bentuk jari samada runcing, lebar, besar, kurus & sebagainya. Emas putih yang berwarna neutral sesuai dengan semua orang sama ada berkulit cerah atau sebaliknya.

Manakala bagi emas kuning pula, ia nampak lebih menarik dan cantik disarungkan kepada mereka yang berkulit cerah. Untuk jari yang agak besar, elakkan memakai design cincin yang nampak sarat.

Sesuaikan cincin dgn pekerjaan dan aktiviti
Jika anda seorang chef, mustahil untuk anda memakai cincin bertatahkan batu berlian yang besar serta mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak dan
beli ikut bajet.


Cuba bandingkan harga terlebih dahulu. Bincang dengan pasangan anda mengenai design yang anda gemari dan tetapkan bajet untuk membeli cincin. Seeloknya bersedia dari segi bajet 6 bulan lebih awal. Jangan sampai ikat perut semata mata ingin beli cincin ya! 

Itu saja tips dari kami.

Mungkin anda ada tips lain juga untuk dikongsikan bersama? Jom share di ruangan komen di bawah. Mungkin boleh bantu lebih ramai yang sedang mencari cincin untuk pasangan.

Oh ya! Jangan lupa masa majlis nikah nanti, cincin nikah disarungkan di jari manis tangan kanan ya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart