Elakkan solekan macam badut, Ini tips mekap pengantin yang anda kena tahu

Wajah mungil, dagu yang runcing, mata besar dan hidung mancung sering menjadi dambaan wanita. Namun tidak semua wanita bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.


Bagaimanapun, wanita tidak perlu gusar kerana dengan solekan wajah yang tepat, kekurangan pada wajah dapat dilindungi sehingga anda mampu tampil cantik terutama saat bergelar raja sehari.


Bagaimanapun, perkara asas perlu dilakukan untuk membolehkan mekap diadun sempurna pada wajah adalah memastikan proses membersih, menyegar dan melembap dilakukan sebaik mungkin sebelum memulakan solekan.

Perkahwinan sekali seumur hidup, pasti kita inginkan rupa paras dari hujung rambut hingga ke hujung kaki nampak cantik dan sempurna. Oleh itu, setiap bakal ratu dan sehari sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar untk memastikan semuanya menepati citarasa.

Ini beberapa tips dari MUA profesional untuk pastikan mekap pengantin tidak bercapuk:

1) Pilih MUA tebaik

Buat sedikit semakan atau carian melalui media sosial tentang MUA yang terbaik. Baca setiap review dari pelanggan sebelumnya. Lihat hasil solekan mereka dan buat sedikit perbandingan dengan MUA-MUA yang lain.

2) Jenama mekap

Bukan untuk menjadi bakal pengantin yang cerewet atau mengada-ngada. Ini adalah untuk kebaikan sendiri juga. Anda harus tahu jenis barangan mekap yang digunakan. Jika anda mempunyai kulit yang agak sensitif, ianya merupakan aspek terpenting yang perlu diambil kira. Ini kerana ada sesetengah barang mekap yang diperbuat dari bahan-bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda. Jadi, sebelum kulit anda rosak, lebih baik anda berhati-hati.

3) Kebersihan peralatan mekap

Ini adalah salah satu aspek yang sangat penting. Pastikan MUA sentiasa mencuci peralatan mekap mereka. Ini kerana ada sesetengah klien sebelum anda yang mempunyai kulit sensitif, dan jika peralatan tersebut tidak dibasuh dengan bersih ditakuti bakteria yang telekat akan menjangkiti kulit anda pula. Oh no..ini adalah perkara yang sangat merisaukan ye…

4) Penggunaan primer adalah sangat penting

Primer adalah asas paling penting lebih-lebih lagi untuk solekan perkahwinan. Ianya berfungsi sebagai lapisan yang mampu menutup cela-cela wajah, parut, jerwat dan jeragat. Pastikan MUA anda memilih rona primer yang sesuai untuk kulit.

5) Berterus terang kepada MUA

Ini adalah aspek yang kerap dipandang ringan oleh bakal pengantin. Jangan sesekali berasa malu untuk berterus terang kepada MUA anda tentang masalah kulit yang anda hadapi. Ini kerana setiap MUA tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk kulit bermasalah. Mudahkan kerja MUA, InsyaAllah mudah juga urusan anda.

6) Buat carian tema solekan

Nak cantik sempurna kan…? Jadi, janganlah malas buat sedikit carian atau penyelidikan tentang tema mekap yang sesuai untuk wajah anda. Jangan kerana nak nampak cantik dimata anda, tetapi macam hantu dimata orang lain yang melihat. Minta pendapat dari beberapa orang yang rapat adakah tema solekan yang anda inginkan itu sesuai atau tidak dengan wajah anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top