Do’s & Dont’s untuk pengantin yang bertudung nampak sopan dan bergaya

Do’s & Dont’s untuk pengantin yang bertudung nampak sopan dan bergaya

Untuk bakal pengantin perempuan yang sedang mencari-cari idea atau padanan selendang yang sesuai untuk dipadankan dengan busana baju nikah atau sanding, jangan risau!

Berikut disertakan 20 tips khas untuk bakal raja sehari.

Umumnya, tudung dipadankan sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum dengan ungu lembut. Selain itu, fabrik yang sesuai paling penting agar ketika dipakai ia nampak selesa dan terletak cantik.

Barulah nampak menawan ratu di singgahsana.

1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.

2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Jangan pula sampai ternampak anak rambut ye.

3. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.

4. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.

5. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Walau bagaimana padanan warna mengikut cita rasa masing-masing.

6. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.

7. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. Lagipun anda perlu melayan tetamu yang hadir dan bersalaman dengan mereka.

8. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.

9. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.

10. Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja. Ini membuatkan tetamu yang hadir boleh ‘sakit mata’ apabila terpandang baju anda itu.


Back to Top