Doktor ini terangkan kenapa penting tukar berus gigi setiap 3 atau 4 bulan

Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai amatlah penting bagi memastikan ia dalam keadaan terbaik apabila digunakan.

Berus gigi yang bagus mampu membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi dan mencegah masalah kesihatan mulut.

Selain itu, tahap penjagaan dan kebersihan berus gigi juga haruslah dijaga.

Menurut Dr Nimelesh @HausofHilton, penjagaan berus gigi yang betul adalah menukarnya pada tiga atau empat bulan sekali penggunaanya.

Pelbagai berus gigi di pasaran ada yang manual dan juga automatik.

Berus gigi manual lebih mudah dikendalikan, dibersihkan dan dikeringkan, tahan lama serta murah dari segi kos.

Sementara itu, menurut portal myhealth, kaedah membersih dan menyimpan berus gigi yang betul adalah membersihkan kotoran pada berus gigi dengan air paip selepas memberus gigi.

Berus gigi juga hendaklah disimpan secara menegak dan dibiarkan kering.

Jika beberapa berus gigi disimpan bersama, pastikan ia diletakkan tanpa bersentuhan antara satu sama lain dan elakkan menyimpan berus gigi di dalam bekas yang tertutup.

Apapun, sebaiknya beruslah gigi dua kali sehari sekurang-kurangnya untuk elak gigi bermasalah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart