Doktor Amalina kongsi cara ‘Self Examination’ kesan kanser payudara peringkat awal

Bulan Oktober dikenali sebagai bulan merah jambu untuk memberi sebaran dan pendedahan serta kesedaran kepada wanita terhadap serangan kanser payudara.

Dan pada bulan Oktober lalu ramai pakar dari seluruh negara berkongsi sebaran mengenai kanser payudara di laman sosial media dan Doktor Amalina tidak terkecuali dari memberi peringatan dan sebaran tentangnya.

Bagi memberi kesedaran kepada wanita mengenai kanser payudara, doktor Amalina berkongsi tanda-tanda individu di serang penyakit kanser ini dan cara bagaimana nak kenal pasti diri menghidapi simptom kanser payudara.

Kenali Enam Tanda Menghidapi Kanser Payudara

Menurut perkongsian doktor Amalina di akaun Instagramnya, dalam 19 orang wanita di Malaysia, satu berisiko tinggi memiliki penyakit kanser payudara ini dan kini di Malaysia ramai wanita berisiko tinggi menghidapi penyakit kanser payudara.

Bagi mengesan tanda-tanda ini lebih awal, kenali simptom yang dikongsikan oleh doktor Amanlina bagi mengesan tanda awal kanser payudara.

  • Terdapat benjolan baru pada payudara atau di ketiak.
  • Terdapat perubahan saiz dan bentuk pada payudara.
  • Terdapat lelehan pada puting payudara.
  • Terdapat lesungan di permukaan kulit payudara.
  • Terdapat ruam pada atau sekitar payudara.
  • Puting payudara berubah bentuk, seperti puting jadi tenggelam

Kenal Pasti Sama Ada Diri Menghidapi Kanser Payudara Dengan cara ‘Self Examination’

Menerusi perkongsi doktor Amalina di saluran YouTubenya, doktor amalina berkongsi cara bagaimana untuk melakukan ‘self examination’ bagi melihat tanda-tanda serangan kanser payudara pada diri.

Berikut cara bagaimana untuk melakukan ‘self examination’, bagi mengenal pasti tanda serangan kanser payudara.

  • Langkah pertama – semasa mandi kamu letakkan tangan di pinggul dan lihat payudara kamu di cermin, lihat sama ada terdapat perubahan pada payudara kamu.
  • Langkah kedua – angkat kedua-dua tangan ke atas, dan lihat payudara dari cermin sama ada terdapat sebarang tanda seperti yang dinyatakan di atas.
  • Langkah ketiga – baring di atas katil sambil meletakkan sebelah tangan di belakang kepala, kemudian tangan yang sebelah lagi lakukan pergerakan secara bulatan di sekitar payudara dan ketiak untuk merasai jika terdapat benjolan.
  • Langkah keempat – semasa berdiri atau duduk, lakukan pergerakan yang semasa seperti langkah ketiga dengan merasai jika terdapat benjolan di sekitar payudara dan ketiak.

Doktor amalina menyarankan jika para wanita mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, maka kamu harus segera membuat temu janji dengan doktor dan membuat pemeriksaan rapi.

Serta membincangkan kaedah rawatan manakah yang sesuai mengikut tahap dan peringkat kanser yang terdapat di payudara anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart