Dari dunia glamour kini ke pangkal jalan, klon Ziana Zain berubah menjadi lelaki sejati

Jika anda mengikuti perkembangan hiburan, anda pasti tahu kewujudan seorang insan ini yang merupakan klon diva popular, Ziana Zain.


Menggelarkan dirinya sebagai Ziana Zain 2, peminat fanatik pelantun lagu Madah Berhelah itu, khabarnya sudah berubah dan kembali pada lahiriahnya sebagai seorang lelaki.

Jika anda mengikuti perkembangan hiburan, anda pasti tahu kewujudan seorang insan ini yang merupakan klon diva popular, Ziana Zain.


Menggelarkan dirinya sebagai Ziana Zain 2, peminat fanatik pelantun lagu Madah Berhelah itu, khabarnya sudah berubah dan kembali pada lahiriahnya sebagai seorang lelaki. Bahkan kebanyakan foto-foto yang dimuat naik klon Ziana Zain itu iaitu Nik Aidi Azhar Seman, dalam laman Facebook miliknya, memaparkan kehidupan baharunya yang cenderung pada keagamaan seperti aktiviti masjid dan mendalami al-Quran.

Alhamdulillah, mudah-mudahan Aidi istiqamah!


Perubahan Aidi bukan baharu, sebaliknya dia mula berubah sejak 2018. Acap kali didatangi mimpi buruk, membuka pintu hatinya untuk bertaubat.


Bagaimanapun, kisahnya mendapat hidayah ini kembali hangat diperkatakan apabila warga siber menemukan fotonya mengenakan lilitan kepala seperti lebai ketika mengikuti kelas tahfiz al-Quran.

Aidi kerap berada di majlis penganugerahan, acara program realiti dan konsert anjuran stesen televisyen (TV). Aidi ni seorang yang suka senyum dan ramah menegur orang.


Dia memang selamba, menari macam tak wujud orang di sekelilingnya dan jangan terkejut Aidi juga popular kerana selalu nampak orang berebut-rebut ingin berfoto dengan klon Ziana Zain 2 ini.

Semoga Aidi terus diberi ketetapan hati dan menjadi insan yang lebih baik.


Pesanan pada orang ramai, lain kali jangan menghina dan mencerca orang lain. Kita takkan pernah tahu bagaimana Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang hamba-Nya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top