Cara Daftar Kursus Kahwin Online dan Harga Kursus Mengikut Negeri Yang Terbaru

Hari ini, kursus kahwin pun ada diadakan secara online tau! Dengan kesempatan itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada ada cara daftar prosuder kursus kahwin online yang terkini untuk persediaan majlis perkahwinan anda akan datang.

Kepentingan menghadiri kursus kahwin di Malaysia

Di Malaysia, antara perkara wajib bagi pasangan bakal pengantin lakukan sebelum mendirikan rumah tangga atau melangsungkan perkahwinan adalah dengan menghadiri kursus kahwin yang dibuat oleh Jabatan Agama Negeri masing-masing atau syarikat swasta yang  menyediakan servis ini.

Kursus ini dibuat bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang alam perkahwinan kepada bakal pengantin baru tempuhinya nanti.

Hal ini bahkan sekaligus suatu inisiatif yang bagus untuk mengurangkan kadar masalah atau kes-kes yang berlaku dalam rumah tangga.

Silibus yang diajarkan menggunakan tujuh Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam. Ia merangkumi modul seperti:

  • Akidah dan Ibadah
  • Akhlak dan hubungan dalam keluarga.
  • Pengurusan kesihatan keluarga.
  • Perkahwinan dan prosedur perkahwinan.
  • Pengurusan tekanan dan konflik.
  • Komunikasi antara suami isteri dan pengurusan kewangan dan masa
  • Perkhidmatan runding cara dan pembubaran perkahwinan.

Bila kita boleh pergi kursus kahwin?

Ramai mungkin beranggapan daftar kursus kahwin online atau bersemuka hanya boleh dihadiri secara berpasangan. Sebenarnya, kita boleh sahaja untuk menghadiri kursus ini secara berasingan atau individu.

Biasanya, kursus biasa diadakan selama dua hari berturut-turut tanpa bermalam sama ada pada hari-hari biasa atau pun ketika hujung minggu. Ia akan bermula pada waktu pagi dan berakhir pada sebelah petang.

Pada hari kedua kursus, kursus akan berjalan selama separuh hari biasanya. Apabila kita selesai menghadiri kursus ini, kita akan diberikan sijil yang menandakan telah selesai menyertai kursus tersebut.

Bagaimana sijil kursus kahwin berfungsi?

daftar kursus kahwin online

Sijil kursus kahwin akan digunakan ketika mahu memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Sekiranya tiada sijil ini, maka mereka tidak akan dibenarkan berkahwin dan perlu untuk memohon semula sijil berkenaan.

Sijil kursus tiada tarikh luput atau dalam kata lain, ia boleh digunakan untuk seumur hidup. Kelebihan sekiranya anda mempunyai Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana sijil pengajian agama yang diiktiraf, anda boleh membuat pemohonan bagi pengecualiaan dari menghadiri kursus perkahwinan.

Senarai harga kursus kahwin mengikut negeri (2023)

Harga kursus kahwin ini merangkumi yuran seperti makan dan minum, buku gerbang perkahwinan, fail dan alat tulis, sijil, dan tenaga pengajar.

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi kemudahan kepada ramai bakal pengantin di luar sana dengan adanya laman web khusus untuk daftar kursus kahwin online.

Kesemua ini diuruskan di bawah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Kita boleh membuat carian kursus pra perkahwinan mengikut lokasi atau negeri masing-masing.

Pautan laman web boleh diakses dari alamat ini: https://www.sppim.gov.my/sppim/home

Cara daftar kursus kahwin online

daftar kursus kahwin online

Kursus kahwin online membolehkan kita menghadiri kursus secara dalam talian melaui melalui pelbagai platform yang ada seperti Google Meet, Zoom, dan pelbagai lagi. Berikut adalah cara daftar kursus kahwin online:

  1. Layari laman web rasmi SPPIM di pautan: https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
  2. Klik butang “Daftar Kursus”
  3. Buat carian mengikut kriteria seperti Negeri, Daerah, Penganjur, dan Tarikh Kursus.
  4. Pilih tempat dan lokasi kursus berdasarkan hasil carian yang dipaparkan.
  5. Teruskan pendaftaran dengan memasukkan maklumat yang tepat mengenai diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, emel, nombor telefon dan sebagainya.
  6. Klik pada kota perakuan yang mengatakan yang anda bersetuju dengan syarat dan terma yang telah ditetapkan.
  7. Setelah berjaya, satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info yang berkaitan.

Semoga perkongsian mengenai daftar kursus kahwin online ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
%d
Shopping cart