Jodoh Suami Isteri Curang Pilihan atau Takdir? Kajian Kata Lelaki Curang Lagi Pendek Umur, Banyakkan Amal Tau!

Perkahwinan terjalin dari kisah cinta dua orang lelaki dan perempuan yang sama-sama saling sayang menyayangi. Hidup berpasang-pasangannya itu sendiri menjadi fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Seperti mana bulan berpasangan dengan matahari, malam dengan siang, dan pasang dengan surut.

Namun tidak dinafikan, mana-mana rumah tangga pastinya tidak lekang dengan ujian dalam perkahwinan. Isu yang paling popular sekali mengenai ini adalah isu curang dengan pasangan.

Curang pilihan atau takdir? Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan butiran lengkapnya.

“Curang dengan izin Allah?”

curang pilihan atau takdir

Allah menciptakan semua perkara yakni termasuklah semua keburukan dan kejahatan juga. Namun menisbahkan perbuatan yang jahat kepada Allah itu bukanlah adab kita sebagai hamba Nya.

Setiap hamba Allah, kita diberikan pilihan antara dua iaitu sama ada ingin melakukan kebaikan ataupun kejahatan. Kesemua pilihan ini tidak terkeluar dari kehendak yang Maha Esa.

Daripada pilihan inilah manusia diuji dan akan diberikan balasan berdasarkan pilihan mereka semasa di dunia. Apabila kita mengucapkan, “Saya melakukan maksiat ini dengan izin Allah SWT” sesungguhnya itu adalah satu kesalahan.

Hal ini kerana, Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambanya dan Dia juga tidak mungkin redha terhadap perbuatan maksiat yang kita lakukan.

Dalam konteks curang pilihan atau takdir dalam rumah tangga, ianya jelas bahawa kita melakukan maksiat atas pilihan dan kehendak sendiri. Justeru itu, daripada semua pilihan yang kita pilih di dunia ini ia akan diberikan balasan apabila di akhirat kelak.

Curang itu pilihan, oleh itu janganlah sesekali kita menyalahkan orang lain dan jangan juga kita menyalahkan takdir yang kononnya telah ditetapkan kepada hidup kita. Setiap langkah perbuatan kita adalah atas pilihan dan kemahuan diri sendiri.

Sekiranya, kita pilih untuk setia kepada pasangan, kita tidak akan berani untuk mendua atau mendekatkan diri kepada jalan yang menjerumuskan kita ke arah tersebut.

Kenapa pasangan pilih untuk curang?

Curang boleh berlaku pada suami mahupun isteri. Ia boleh berlaku dari kata “suka-suka” kemudian menjadi sayang dan wujudlah orang ketiga dalam rumah tangga kita.

Curang memberi kesan kepada rumah tangga yang telah dibina dengan memudarkan rasa sayang yang kita pupuk walau sudah berpuluh tahun hidup bersama. Seakan-akan jiwa, hati, dan kehidupan terasa kosong saat bersama pasangan.

Bagi pasangan di luar sana yang sedang berlaku curang dalam diam dengan pasangan anda, ataupun berniat untuk curang, tanyakan pada diri kenapa perlu memilih untuk curang?

Pasangan kita sudah banyak berkorban seluruh hidupnya untuk bersama kita disaat susah dan senang. Masalah curang ini tidak hadir dengan sendiri jika salah seorang tidak melayan.

Justeru itu, tidak perlulah menyalahkan orang lain atau takdir sekiranya ia berlaku dalam rumah tangga kita.

Mendirikan perkahwinan atas aniaya dan air mata orang lain

Penyatuan dua jiwa atas jalan perkahwinan bukanlah semata-mata pada pasangan suami isteri itu sendiri. Bahkan orang terdekat seperti keluarga, adik-beradik, saudara mara, dan kenalan rapat juga terlibat jua.

Apabila sesebuah perkahwinan itu berlaku atas jalan sebuah kecurangan disebabkan orang ketiga, ketahuilah kita sebenarnya sedang mendirikan rumah tangga kerana air mata orang lain. Ramai yang patah hati, berduka, dan kecewa disebabkan kebahagiaan yang kita cari dengan cara yang salah.

Berkahwin itu tidak salah, berpoligami juga tidak salah. Bahkan ia diharuskan dalam Islam. Namun perbuatan kita untuk berkahwin sehingga menyebabkan pasangan pertama kita itu dianiayai itu cara yang salah.

Nak curang sebenarnya perlu kerja keras!

curang pilihan atau takdir

Curang itu perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk menipu. Satu pembohongan yang kita ucapkan keluar dari bibir ini, maka akan beribu lagi kebohongan yang bakal keluar dari bibir kita kepada pasangan.

Terlalu susah sebenanya untuk curang, justeru itu lebih baik setia. Namun manusia itu fitrahnya tidak akan pernah merasakan kecukupan atas apa yang dia miliki. Manusia yang hidup dengan menjadi hamba kepada dunia, tidak sesekali berasa puas hati dengan kehidupannya.

Semoga perkongsian artikel berkenaan dengan isu curang pilihan atau takdir ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada para suami isteri di luar sana. Ujian dalam rumah tangga itu wujud. Maka itu aturlah rumah tangga kalian atas jalan yang diredhai oleh Nya.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
%d
Shopping cart