Tiada Lagi Lesen Memandu Fizikal, Aplikasi Cukai Jalan Digital Lebih Mudah! Ini 4 Panduan Untuk Guna

Teknologi merentas zaman, memberi 1001 kemudahan yang sangat menyenangkan kepada manusia. Begitu juga dalam halnya mengurangkan masalah sebagai pengguna di jalan raya.

Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda pengumuman rasmi mengenai inisiatif cukai jalan digital yang baru sahaja diperkenalkan dan bagaimana cara untuk mendaftar dan mendapatkan cukai berkenaan.

Cukai jalan digital bermula 10 Februari 2023

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan akan langkah digitalisasi untuk perkhidmatan teras bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian dilaksanakan mulai 10 Februari 2023.

Mereka yang boleh menggunakan sistem cukai jalan digital ini adalah mana-mana pemilik kenderaan persendirian (warganegara) melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi Mobile MyJPJ.

Hal ini juga bermaksud, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” tidak lagi akan dikuatkuasakan bagi kategori pemilik dibawah fasa pertama.

Inisiatif ini juga akan dilakukan secara berperingkat dengan memberi keutamaan fasa pertama untuk warganegara sahaja iaitu kenderaan persendirian individu termasuklah motosikal.

Bagaimana untuk mendapatkan cukai jalan digital?

cukai jalan digital

Sungguhpun cukai jalan digital sudah diwar-warkan baru-baru ini, namun bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, penggunaan atau amalan memaparkan pelekat / kertas LKM masih boleh digunakan dalam tempoh interim ini.

Dalam masa yang sama juga, setiap dari kita amat digalakkan untuk mendaftar di akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ ataupun aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store dan Huawei App Gallery.

Panduan daftar cukai jalan digital dalam aplikasi

Bagi yang masih yang tidak tahu untuk mendapatkan cukai jalan digital ini atau tidak pernah menggunakan aplikasi MyJPJ, di sini kami kongsikan cara mudah bagaimana untuk mendapatkan lesen memandu dan cukai jalan (road tax) digital anda menerusi aplikasi MyJPJ.

1. Muat turun aplikasi MyJPJ

Pertama sekali, anda perlu muat naik aplikasi MyJPJ di telefon pintar anda menerusi Google Play Store dan Apps Store.

2. Daftar akaun dan log masuk MyJPJ

Seterusnya, boleh daftar masuk ke akaun MyJPJ tersebut. Caranya dengan pilih butang “Daftar Akaun Baru” warna hijau dan masukkan No MyKad untuk proses pendaftaran dan lalu tekan hantar.

Di situ, kita boleh mengemas kini butiran peribadi untuk akuan tersebut seperti no. telefon, e-mel, dan pengesahan e-mel.

Selesai mengisi butiran tersebut, jangan lupa untuk tandakan akur janji pengesahan butiran lalu kemudian tekan butang hantar. Kita akan menerima pengesahan e-mel dan kata laluan sementara untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun JPJeID/ MySikap, anda boleh terus memasukkan ID pengguna iaitu no MyKad dan diikuti oleh kata laluan untuk log masuk.

Jika gagal log masuk kerana masalah kata laluan, tekan “Terlupa Kata Laluan” dan masukkan No MyKad dan e-mel yang digunakan untuk pendaftaran. Kata laluan baru akan diberikan sebelum anda boleh menggantikannya dengan yang baru.

cukai jalan digital

3. Klik butang Tab Profile

Apabila telah log masuk, anda akan dibawa terus ke laman utama. Tekan butang “Profile” pada ruangan tab disebelah bawah kanan.

4. Pilih lesen memandu atau lesen kenderaan motor

Seterusnya, pilih Lesen Memandu untuk paparan LMM Digital (e-LMM) dan pilih Lesen Kenderaan Motor untuk melihat paparan digital roadtax anda.

Untuk keselesaan dan mengelak dari sebarang risiko dalam sistem, anda diinasihati untuk screenshot maklumat-maklumat berkenaan dengan cukai jalan digital milik anda itu dan simpannya di dalam telefon.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai informasi terkini cukai jalan digital dan panduan mendapatkan lesen memandu dan cukai jalan, dapat memberikan anda semua maklumat yang bermanfaat untuk dijadikan panduan untuk  dikongsikan bersama.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top