Checklist lengkap persiapan 1 tahun sebelum majlis perkahwinan

Dah bersedia untuk menuju ke fasa kehidupan yang seterusnya bersama dengan yang tersayang? Kalau begitu, anda perlulah juga bersedia untuk melakukan perancangan yang besar bagi meraikan sebuah majlis yang gilang-gemilang dan penuh bermakna bagi anda dan pasangan.


Dengar macam satu perkara yang menyeramkan? Jangan risau, dengan adanya senarai urusan atau checklist kahwin untuk dirujuk langkah demi langkah, segalanya akan kelihatan lebih menyenangkan.


Dalam artikel kali ini, kami bukan sahaja menyenaraikan semua perkara penting untuk anda lakukan sebagai persediaan hari pernikahan dan majlis perkahwinan secara step-by-step, tapi semua langkah ini juga telah dipecahkan mengikut masa iaitu dari setahun sebelum majlis hinggalah kepada hari majlis diadakan.


Sebelum masuk kepada checklist yang dipecahkan mengikut jangka masa, ada tiga perkara yang boleh anda rancang terlebih dahulu yang merupakan asas kepada sebahagian besar perancangan perkahwinan nanti. Perkara tersebut adalah tarikh, anggaran bajet dan juga bilangan jemputan.

1+ Tahun Sebelum Majlis Perkahwinan

Pilih Tema Atau Konsep Majlis Perkahwinan

Untuk sebuah majlis yang berkemungkinan besar hanya terjadi sekali dalam seumur hidup ini, tak salah untuk ‘terover’ excited (sebab anda memang patut excited pun). Dalam banyak-banyak langkah persediaan majlis perkahwinan, step memilih tema dan konsep majlislah antara yang paling enjoyable.


Apa konsep yang diidamkan? Nak konsep perkahwinan dalam taman? Majlis bertema moden? Atau mungkin juga ingin betul-betul menjadi raja sehari seperti dalam filem klasik dengan konsep perkahwinan tradisional? Jangan lupa juga untuk memikirkan warna tema majlis. Pastikan pilihan anda dipersetujui pasangan ya?


Tentukan Lokasi Majlis

Dalam membuat pemilihan lokasi, anda perlu mengambil kira faktor seperti bajet yang ada dan jumlah tetamu. Faktor lain adalah berkaitan dengan jenis majlis yang ingin diadakan.


Selalunya, untuk majlis akad nikah, ianya sering diadakan di surau, masjid ataupun rumah. Untuk majlis perkahwinan pula boleh dilangsungkan di kawasan seperti halaman rumah, dewan, hotel atau taman.


Jejakkan Kaki Ke Ekspo & Pameran Pengantin

Bila dah rancang berapa banyak bajet yang ingin diperuntukkan, anda sudah boleh mula peka dengan anjuran pameran ataupun ekspo pengantin yang ada. Di sinilah anda boleh jumpa banyak vendor dan pakej perkahwinan yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet dan juga lokasi majlis.


Masa ini jugalah anda boleh ‘interview’ vendor yang berpotensi. Kalau dah jumpa pakej perkahwinan yang disukai, jangan lambat-lambat booking, sebab selalunya pakej yang menarik ni cepat habis ditempah bakal pengantin lain.


Dapatkan Wedding Planner

Tak nak terlalu pening kepala selesaikan semuanya sendiri? Kalau ada bajet lebih, bolehlah anda dapatkan wedding planner. Dengan adanya wedding planner, mereka boleh membantu anda membuat keputusan dalam banyak aspek seperti lokasi majlis, bajet dan banyak lagi perkara penting lain.


Dalam bab memilih wedding planner ni, salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan adalah lokasi majlis. Carilah perancang perkahwinan yang pejabatnya terletak di kawasan sekitar, sebab berkemungkinan besar si wedding planner ini telah memiliki ramai connection atau mengenali ramai vendor di dalam kawasan yang sama.

9 – 12 Bulan Sebelum

Rancang Barang Dulang Hantaran

Berdasarkan bajet anda, berapa banyak wang hantaran yang dikenakan? Berapa pula bilangan dulang hantaran dan apa barangan yang ingin dijadikan hantaran. Semuanya sudah boleh dirancang dengan teliti.


Food Sampling

Aktiviti menarik yang seterusnya adalah peluang untuk mencuba makanan katering. Kalau ada wedding planner, anda boleh bawa mereka mencuba sekali. Dah berjaya jumpa katering yang sedap? Boleh terus berbincang untuk menempah pakej katering yang sesuai dengan bajet dan juga bilangan pax majlis anda.


Booking Jurugambar, Juruvideo, DJ, Kanopi, DewanSelain tempah katering, anda juga sudah boleh mula mencari dan booking jurugambar, juruvideo, DJ serta sewa dewan/kanopi. Lakukan kajian yang mendalam sebelum booking supaya tak kecewa di kemudian hari. Tanya soalan-soalan yang sepatutnya dan ketahui pendapat orang lain sebelum menghulurkan duit booking.


Rancang Bulan Madu

Kalau boleh, selepas berbulan-bulan pening kepala dengan hal majlis perkahwinan, ingin sahaja terus terbang ke destinasi indah untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan.


Bila dah kahwin, sinonim kepada percutian ini adalah fasa untuk berbulan madu. Persoalannya, ke mana nak pergi untuk percutian berdua buat kali pertama ini? Dalam perancangan ini, anda boleh senaraikan lokasi yang diidamkan bersama dan pilih daripada senarai ini.

Sekiranya ingin ke luar negara, jangan lupa untuk mendapatkan passport atau renew passport (mohon visa sekiranya perlu). Jangan lupa juga untuk menyemak sama ada anda ada travel ban dek kerana hutang PTPTN. Bila segalanya dah selesai, bolehlah mula peka dengan promosi penerbangan.

6 – 9 Bulan Sebelum

Mulakan Urusan Pejabat Agama

Dalam sibuk-sibuk menguruskan hal-hal dewan, hantaran, pakaian dan sebagainya, jangan lupa untuk menguruskan urusan pejabat agama. Untuk tujuan ini, anda boleh melayari laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia atau terus ke Pejabat Agama Islam di kawasan anda.


Mula Berdiet, Menjaga Kecantikan Kulit & Kesihatan Badan

Ada 6 – 9 bulan je lagi untuk majlis kahwin ni, tersangatlah sempat lagi untuk anda mendapatkan bentuk badan ideal kalau usaha betul-betul dalam jangka masa yang tinggal ni.


Kalau malas nak bersenam pun, paling kurang, anda perlulah memperbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membuang toksin dalam badan.


Untuk pemakanan, boleh mula mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Untuk workout paling mudah pula, anda boleh pilih untuk hanya berjalan kaki mengelilingi taman setiap hari secara konsisten. Yang penting dalam semua perkara ini adalah disiplin.

4 – 6 Bulan Sebelum

Lakukan Ujian Pemeriksaan HIV & Talasemia

Asyik keluar duit je kan? Tang mana yang tak payah keluar bajet ni? Salah satunya adalah ujian pemeriksaan HIV dan Talasemia pra-perkahwinan. Ya, anda boleh buat secara percuma di mana-mana sahaja Klinik Kesihatan Malaysia.


Anda perlu call terlebih dahulu klinik yang dipilih untuk ketahui sama ada anda perlu membuat appointment terlebih dahulu atau hanya terus walk-in. Tanya juga tentang prosedur yang perlu dilalui. Untuk pengetahuan anda, tempoh sah laku ujian saringan HIV adalah 6 bulan sahaja daripada tarikh ujian dilakukan.

Hadirkan Diri Ke Kursus Perkahwinan

Jangan risau, kursus kahwin ni tak ambil masa yang lama, selalunya ianya diadakan hanyalah 2 hari sahaja sama ada pada hujung minggu atau hari bekerja.


Pastikan bahawa penganjur kursus perkahwinan mendapat permit yang sah daripada Jabatan Agama Negeri. Bila dah set-up masa untuk kursus kahwin ni, anda wajib hadir semua modul yang ditawarkan supaya anda layak mendapat sijil kursus kahwin. Jangan culas.
Mulakan Tempahan Baju Nikah, Baju Pengantin, Pakaian KeluargaDah ada persetujuan tentang tema majlis? Inilah jangka masa paling baik untuk anda mula membuat tempahan busana pengantin dan juga pelamin yang diidamkan.


Untuk pakaian pengantin, seeloknya, cari pakej busana yang lengkap dengan pelbagai aksesori lain seperti kasut serta tiara. Selain pengantin, jangan lupa juga untuk tempah pakaian keluarga mengikut tema yang telah ditetapkan.


Buat Survey DoorgiftLakukan survey doorgift seawal yang mungkin supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak yang bukan sahaja dapat menjimatkan bajet tapi juga memberi ruang kepada anda untuk memilih apa yang menarik untuk diberikan kepada tetamu.

3 Bulan Sebelum

Pemohonan Borang Nikah Online

Langkah pertama dalam mengurus borang nikah adalah memohon borang nikah online. Anda boleh berbuat demikian di laman web rasmi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (sppim.gov.my).
Selepas berdaftar anda akan diberi nombor rujukan dan ianya perlulah disimpan bagi membuat sebarang pindaan pada maklumat diri atau pasangan kelak. Untuk panduan lengkap prosedur borang nikah dan daftar kahwin anda boleh merujuk kepada entri kami dibawah.

Lengkapkan Borang Nikah

Sekiranya pasangan lelaki duduk di dalam daerah yang berbeza dengan bakal pengantin perempuan, borang nikah online bakal pengantin lelaki perlu dihantar ke Pejabat Agama dalam masa 90 hari ataupun 3 bulan sebelum hari akad nikah.


Jangan lupa untuk pastikan borang telah ditandatangani beserta dengan cop daripada imam masjid kariah. Dokumen-dokumen penting lain juga jangan dilupakan.


Bergantung kepada Pejabat Agama negeri anda, kebiasaannya, borang kebenaran kahwin dapat disiapkan dalam masa seminggu. Selepas seminggu, emak atau ayah pihak lelaki boleh ambilkan borang tersebut untuk diberikan kepada pihak perempuan.


Perbanyakkan Bacaan

Untuk melalui satu fasa yang baru, banyak ilmu yang perlu diserapkan dalam dada bagi mengelakkan masalah atau isu di kemudian hari. Selain menghadiri kursus kahwin, anda juga perlu memperbanyakkan bacaan tentang hal-hal rumah tangga, perihal tanggungjawab dan juga tentang hak sebagai suami dan isteri.


Lakukan Tempahan Kek3 bulan sebelum majlis berlangsung adalah waktu yang ideal untuk anda mula membuat tempahan kek majlis perkahwinan ataupun hantaran. Ada konsep tersendiri yang ingin diketengahkan? Semuanya boleh dibincangkan dengan pembuat kek anda.

Tempah Kad Jemputan Majlis Perkahwinan

Tak nak majlis sunyi sepi? Jemputlah seramai mungkin sanak-saudara dan sahabat handai yang ada. Jangka masa tiga bulan ini dah cukup optimum untuk anda mula tempah kad jemputan. Jangan tunggu lama sangat, sebab masa yang diambil untuk mengedarkan kad ini juga bukannya sekejap.


Shopping Barang Untuk HantaranUntuk barangan hantaran, anda boleh mula celikkan mata dengan promosi yang ada supaya dapatlah anda berjimat lebih. Mungkin anda merancang untuk membeli tas tangan, kasut, telekung, pakaian, minyak wangi atau sebagainya, barang-barang seperti ini bolehlah dibeli seawal yang mungkin sebab tahan lama.
Dalam masa yang sama, anda juga boleh terus membeli barangan perhiasan untuk dijadikan gubahan hantaran mengikut tema majlis.

Mula Tempah Door Gift

Dah buat survey door gift dan dah ada pilihan supplier di hati? Dalam 3 bulan sebelum majlis, anda sudah boleh mula membuat tempahan door gift. Ada dua jenis door gift yang perlu disediakan iaitu untuk tetamu biasa dan juga bagi jemputan VIP. Sebaiknya, buatlah tempahan door gift lebih sedikit daripada anggaran untuk mengelakkan masalah kekurangan door gift pada hari majlis.


Fitting Pakaian Pengantin & Nikah

Sebelum pergi fitting pakaian, antara tips yang boleh anda ikuti untuk memudahkan proses fitting ini adalah seperti bersedia dengan pakaian yang mudah untuk disalin, sebagai contoh adalah pakaian seperti jubah ataupun dress.


Untuk tudung pula, pakai sahaja tudung instant untuk menjimatkan masa. Bawa sekali aksesori lain seperti kasut nikah/sanding supaya boleh terus membetulkan kelabuhan kain.

2 Bulan Sebelum

Mohon Cuti Kerja Bagi Majlis Perkahwinan

Mohon cuti kahwin seawal yang mungkin memandangkan banyak persiapan yang perlu dilakukan bila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Untuk membuat surat permohonan cuti kahwin ini, ada banyak sample yang boleh anda jumpa sekiranya melakukan pencarian di Google.


Edarkan Kad Jemputan | Facebook EventSeelok-eloknya, kad jemputan sudah mula dihantar dalam jangka masa ini supaya bolehlah para jemputan merancang masa mereka awal-awal lagi. Selain kad jemputan, anda boleh juga membuat Facebook Event untuk sebarkan kepada rakan-rakan yang ada di FB.


Cari Cincin Kahwin & Barangan Kemas

Sebagai lambang cinta dan tanda ikatan kasih-sayang, sudah menjadi adat dalam pernikahan untuk menyarungkan cincin di jari pasangan. Cincin nikah ini selalunya lebih glamor daripada cincin pertunangan atau merisik. Harga cincin ini bergantung kepada jenis permata yang digunakan, bentuknya dan juga beratnya.

Tempah Banner & Bunting

Tempah banner dan juga bunting untuk digantungkan di depan dewan atau khemah. Selain itu jangan lupa juga untuk menyediakan penanda jalan atau penunjuk arah bagi para tetamu yang datang. Bila jalan mudah dijempui, barulah tetamu datang dengan senang hati.

1 Bulan Sebelum

Siapkan Playlist Lagu Kahwin

Pilih lagu yang bersesuaian untuk dimainkan pada hari berlangsungnya majlis. Sama ada ingin anda ingin mengumandangkan lagu kahwin klasik, lagu cinta yang terkini, lagu Inggeris yang romantik, lagu kahwin yang Islamik, atau mencampur adukkan semuanya, segalanya berada di dalam tangan anda. Pemilihan lagu juga bergantung kepada suasana majlis yang ingin anda ketengahkan.

Follow-up Dengan Supplier

Jangan lupa untuk follow-up dengan supplier supaya mereka tak terlepas pandang tempahan anda. Takut dalam masa yang sama, ada banyak lagi projek yang lain.


Rancang Susun Atur

Di mana kedudukan pelamin? Bagaimana meja ingin diaturkan? Bagaimana pula dengan setting untuk meja makan beradap? Backdrop dan sebagainya. Pastikan susunan yang dibuat dapat memberikan keselesaan kepada semua.


Relakskan Badan & Lakukan Rawatan FacialDalam masa-masa yang boleh dianggap agak genting ini, jangan lupa untuk memanjakan diri supaya kekal ‘glowing’ di hari majlis perkahwinan dilangsungkan. Untuk tujuan ini, anda boleh melakukan rawatan facial yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.


Selain itu, anda juga boleh cuba mengamalkan terapi rendam kaki dalam air suam. Aktiviti ini boleh mengurangkan stress dan mampu membuatkan badan terasa lebih segar serta mengurangkan risiko naik jerawat. Tak percaya? Cuba dulu, baru tahu.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart