Bagaimana Cara Pilih Kek Kahwin Bajet Yang Buat Anda Tak Menyesal? Ini 6 Perkara Wajib Tahu Sebelum Buat Tempahan

Upacara memotong kek dalam majlis perkahwinan memang tidak dapat dipasahkan. Ia diibaratkan seperti simbolik pengantin baru yang baru sahaja membina mahligai bersama berkongsi kemesraan di hadapaan umum. Lantaran itu, bukan sahaja pengantin yang sibuk untuk uruskan sebuah kek kahwin yang nampah gah dan sedap di majlis persandingan tetapi keluarga pengantin sendiri akan lakukan hal yang sama khususnya pengantin perempuan kerana pentingnya nilai kek itu dalam memberikan kemeriahan kepada majlis. Namun dalam mencari kek kahwin bajet, kita selalu “ditipu” tanpa sengaja oleh kerana kurangnya pengetahuan dalam cara pilih kek kahwin yang terbaik.

Kek kahwin simbolik idea dari kedua-dua belah pihak

cara pilih kek pengantin

Jika dulu orang banyak memberikan kepercayaan dan tanggungjawab bulat-bulat kepada pereka kek kahwin untuk menghasilkan kek yang cantik, sedap, dan menarik untuk majlis kahwin mereka. Tetapi hari ini, jika anda perasan rata-rata kek kahwin dihasilkan dari ilham khusus dan cita rasa tersendiri bakal pengantin. Besar atau kecil saiznya, mahal atau murah harganya, ia semuanya sudah melalui kata sepakat dari kedua-dua belah pihak. Cara pilih kek kahwin yang diaplikasikan oleh bakal pengantin juga biasanya “diceduk” dari penelitian ringkasnya di internet.

Walaupun begitu, tidak semua yang bernasib baik memiliki kek kahwin yang tepat berdasarkan pemilihan mereka sendiri disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan sebagainya. Ini adalah beberapa cara pilih kek kahwin yang boleh anda pertimbangkan sebelum membuat tempahan nanti.

Usah risau lagi! 6 cara pilih kek kahwin ini terbukti panduan para selebriti

Perkongsian cara pilih kek kahwin ini ditulis khusus buat bakal-bakal pengantin baru di luar sana yang akan melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi. Bagi yang masih buntu untuk memilih kek kahwin yang tepat, jom kita tengok dulu 6 tips yang diberikan ini.

1. Cari “baker” yang mampu buat dan bertauliah

cara pilih kek pengantin

Perkara pertama sebelum bincang mengenai kek kahwin, pastikan cari dulu “baker” yang mampu buat kek kahwin kita dengan baik. Nilai tambah bagi seorang “baker” sekiranya dia mempunyai sijil tertentu atau diberikan tauliah rasmi dalam membuat kek dan pastri.

Namun demikian, ada ramai juga “baker” di luar sana yang mampu menghasilkan kek kahwin yang sedap dan menarik tetapi tidak mempunyai tauliah rasmi hanya sekadar dari minat dan bakat semula jadi. Untuk itu, kita boleh selidik dahulu pengalaman mereka dan rekaan atau hasil kerja kek yang pernah mereka buat pada majlis-majlis lalu.

Dalam masa yang sama, pastikan juga “baker” yang kita mahukan itu boleh berkomunikasi dengan baik dan kita sendiri selesa untuk berbincang dengannya. Hal ini untuk memastikan apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan memudahkan segala persiapan yang dibuat.

2. Pastikan kek sesuai dengan lokasi majlis

Jangan pilih kek yang tidak tahan lama dan mudah cair seperti kek jenis krim, meringue atau butter cream sekiranya lokasi majlis kahwin kita di outdoor. Kek fondant lebih sesuai untuk suasana dewan yang berhawa dingin. Bunga sugar paste serta struktur kek pula dapat bertahan beberapa jam sebelum majlis berlangsung.

Bagi yang gemar kek butter cream, ia mampu bertahan selama 2 -3 jam di bawah kanopi atau khemah yang teduh dan tidak terkena panas terik. Ini bermaksud, tempahan kek perlulah bersesuaian juga dengan lokasi majlis yang kita buat.

Alangkah baiknya, jika kedai atau premis “baker” tidak terlalu jauh dengan lokasi majlis kita berlangsung. Hal ini untuk mengelakkan proses penghantaran dan penyediaan kek berjalan dengan baik.

cara pilih kek pengantin

3. Ambil berat pada pemilihan warna kek

Ramai yang tidak tahu, cara pilih kek kahwin yang nampak glamor adalah bermula dari warnanya. Namun jika kita tidak yakin untuk memilih warna yang tepat mengikut tema, warna kek putih adalah lebih selamat.

4. Beli biar ukur baju di badan sendiri

Nak kek sampai 3 tingkat tetapi bajet “nipis” sangat. Cara yang mudah untuk kita beli kek kahwin ikut bajet adalah beritahu kepada “baker” berapa bajet kita ada dan apakah kek yang boleh dihasilkan dengan bajet sebegitu.

Kebiasaannya, kek fondant lebih mahal dari kek butter cream berhias bunga-bunga segar atau buah-buahan.

5. Kira bilangan tetamu

cara pilih kek pengantin

Ads pengantin yang mahu menghidangkan kek kahwin kepada tetamu yang datang. Ada juga yang lebih pilih untuk menghidangkan kek kahwin hanya kepada keluarga terdekat. Kedua-dua ini adalah pilihan anda dan ia tidak salah.

Cumanya, sekiranya anda memilih untuk hidang kepada keluarga yang terdekat sahaja, kek kahwin boleh ditempah dengan saiz yang minimum dan tidak terlalu besar untuk menjimatkan kos lain.

6. Jangan lupa “rasa” sebelum setuju

Ini cara pilih kek kahwin yang paling penting tetapi ramai orang lupa untuk lakukan iaitu rasa kek sebelum buat apa-apa keputusan. Kek kahwin mempunyai pelbagai jenis bahan dan perasa. Namun begitu, ianya perlu ikut pada cita rasa yang kita inginkan supaya berbaloi dengan harganya.

Bagi yang mampu, kek kahwin adalah cadangan untuk menjadikan majlis perkahwinan kita lebih meriah. Tetapi jangan risau, jika bajet terlalu “mengikat”, kita boleh gantikan sahaja kek dengan pulut kuning atau sebagainya.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart