Rehearsal Hari Bertunang, Bapa Ajar Anak Cara Pengantin Berjalan Buat Ramai Terhibur

Saat-saat yang paling bahagia dan sedih bagi seorang bapa adalah bila mana dia melepaskan tanggungjawab anak perempuannya untuk diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

Itulah momen yang buat ramai bapa sebak, tidak mampu menahan tangis, dan dalam masa serentak turut bahagia melihat anak perempuannya itu bahagia bersama insan yang disayangi.

Baru-baru ini tular sebuah video di Tik Tok berkenaan dengan seorang bapa ajar anak cara berjalan pengantin sehingga meraih perhatian ramai.

Hendak tahu apa yang terjadi sebenarnya, jom ikuti perkongsian kami ini sehingga ke penghujungnya.

Rehearsal cara berjalan pengantin sebelum hari bertunang

Daripada satu hantaran video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tik Tok @ffzti kelihatan bapa kepada gadis tersebut sedang gigih dan tekun mengajarnya cara berjalan pengantin dengan betul dan sopan pada malam sebelum hari pertunangannya itu.

Menerusi video berkenaan, kita boleh nampak betapa tekun dan seriusnya bapa gadis tersebut melatih anaknya cara berjalan pengantin yang tepat termasuklah ketika menuruni tangga.

Menurut kenyataan gadis tersebut dalam video, ayahnya “emosi” melihat anaknya yang “kayu” dan tidak dapat berjalan perlahan ke arah pelamin. 

Sanggup si ayah pakai veil pengantin anak semata-mata untuk mendapatkan feel sebenar ibarat seorang pengantin ketika berjalan di majlis perkahwinannya. Semuanya itu dibuat agar anaknya juga lebih mudah mendapatkan emosi seolah-oleh berada di majlis sebenar.

Di akhir video berkenaan, boleh juga kita lihat hasil dari ilmu yang diajarkan oleh bapanya dan usaha dari gadis itu sendiri, dia berjaya untuk melakukan cara berjalan pengantin yang betul dan tepat.

Netizen geli hati, ramai puji usaha si ayah

Video yang telah meraih 1.2M views, 146.1K likes dan 2,014 comments di TikTok itu telah mendapat banyak komen dari netizen dan warganet semua yang terhibur dengan gelagat anak beranak tersebut.

“Abah dia dulu mungkin orang-orang kerja bahagian perhubungan awam semua mesti perfect. Tak pun urusetia, tak pun floor manager. Terbaik abah!”

“Nampak la awkward dia tu hahahah tapi comel!”

“Bagus ayah ni. Arwah bapak pun siap ajar dan siap suruh praktis. Kenangan sungguh.”

“Terbaik abah awak!”

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan momen bahagia seorang ayah mengajar cara pengantin berjalan kepada anaknya ini dapat memberikan anda hiburan dan kenangan yang bermanfaat untuk diabadikan sebagai kenangan setelah berkahwin nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart