Cara paling berkesan kumpul duit kahwin sehingga RM30,000 untuk bakal pengantin

Siapa yang tak nak kahwin? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan. Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum?

Kalau ikutkan nak kahwin zaman sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal.

Kami kongsikan 13 tips mudah untuk kumpul RM30,000 bagi anda yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!

1. Buat Tabung Kahwin

Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

2. Ramai Yang Menyesal Sebab Tak Simpan Awal

Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.

3. Lelaki Atau Perempuan, Mulakan Sekarang

Kalau majlis anda rancang perlukan RM30,000, setiap seorang kena sediakan RM15,000.

4. Baru Adil & Saksama

Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga. Barulah mampu dan berjaya bina keluarga harmoni.

5. Biar Susah Sama-Sama

Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu.

6. Kalau Terpaksa Pinjam Bank, Itu Tanda Anda Belum Mampu

Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagu untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada sahaja.

7. Kalau Sebelum Kahwin Tak Mampu Simpan, Jangan Ambil Loan

Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak bak bayar nanti.

8. Buat Simpanan Bulanan Bersama Pasangan

Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama paangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib.

9. Jangan Bergantung Pada Satu Pendapatan Sahaja

Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecil atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.

10. DIY Sendiri Pelamin Dan Gubahan Hantaran

Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin atau gubahan hantaran sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan dan tidak perlu perkhidmatan DJ. Cukup DIY sahaja mana-mana yang boleh.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart