Cara betul dan tepat untuk memakai cincin pertunangan atau perkahwinan

Hadiah yang paling utama untuk disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Malah ada juga pasangan yang menyedia dua buah cincin dan biasanya ia terdiri dari cincin merisik (cincin belah rotan) dan cincin batu permata (cincin tunang

Bila dah dapat dua cincin ini pasti ada yang keliru, seeloknya jari mana yang hendak disarung. Bukan apa, setiap pemakaian punya maksud tersendiri. Lebih-lebih lagi kita orang Melayu yang penuh dengan adat resam.


Tak kisahlah anda sudah menjadi tunangan orang, bakal atau masih mencari jodoh. Mari kami ajar cara betul dan tepat pakai cincin tunang dan merisik.

Tips : bila bertunang, cincin mesti di pakai jari tangan kanan. Ini adalah jari yang betul nak pakai cincin merisik dan tunang.

1. Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari manis kiri)
2. Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari tengah kanan)
3. Cincin tunang, cincin merisik (jari manis kanan)
4. Cincin tunang (jari manis kanan). cincin merisik (jari kelinking kanan)

Jangan keliru ya. Terpulang kepada anda nak pakai guna kaedah mana tetapi cincin tunang harus berada di jari manis kanan. Kalau selama ini salah pakai, cuba tukar jariĀ 

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top