Panduan Mudah Buat Kad Kahwin Sendiri (DIY) Versi Digital dan Cetak Yang Menjimatkan Guna Canva

Siapa kata kita perlu menjadi seorang yang mahir dahulu sebelum membuat sesuatu design seperti kad kahwin? Hari ini, dengan kemahiran yang minima sahaja kita boleh buat kad kahwin sendiri dengan mudah.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda panduan terbaik bagaimana untuk menghasilkan kad kahwin sendiri yang lebih menjimatkan.
Fungsi kad kahwin kekal relevan sehingga hari ini
Kad kahwin menjadi medium untuk kita membuat hebahan mengenai majlis perkahwinan kita. Dalam masa yang sama ia juga digunakan untuk memberi jemputan kepada orang untuk hadir ke majlis tersebut.
Justeru itu, mereka kad kahwin menjadi sebahagian perkara yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Langkah buat kad kahwin sendiri dengan aplikasi Canva
Aplikasi Canva dilihat semakin popular hari ini. Kepopularan Canva seiring dengan aplikasi lain dalam membuat editing seperti Picsart, Inshot, Pixlr, dan banyak lagi. Bila kita menggunakan Canva, design yang dihasilkan juga justeru tampak lebih menarik biarpun baru pertama kali menghasilkan design kad sendiri.
Dibawah ini, kami kongsikan langkah yang tepat untuk buat kad kahwin sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva.
1. Muat turun aplikasi Canva
Aplikasi Canva boleh dimuat turun daripada aplikasi Play Store atau Apps Store melalui telefon pintar atau laptop di sini. Kemudian daftar masuk ke aplikasi tersebut, sama ada menggunakan akaun Google atau Facebook anda.
2. Pilih saiz kad
Perkara pertama yang kita perlu buat selepas log masuk ke akaun Canva adalah memilih saiz kad. Kebiasaannya, saiz kad jemputan adalah kad segi empat tepat leper 5 x 7 inci.
Boleh juga direka dalam ukuran versi 4.25″ x 6″ yang lebih kecil molek, versi RSVP yang lusuh atau kad 4 x 9.5″ yang panjang dan nipis. Menetapkan ukuran kad melalui Canva, ia boleh dibuat dengan dua cara iaitu:
Pilih saiz yang sudah tersedia di template
Kita boleh sahaja memilih ribuan template yang ada disediakan dengan menaip sahaja tema “wedding invitation” atau “wedding card” untuk mendapatkan saiz kad yang bersesuaian.
Bermacam-macam pilihan yang ada untuk kita pilih yang pastinya membuat kita sendiri menjadi rambang mata.
Pilih saiz sendiri
Jika kita mempunyai saiz kad yang kita mahukan sendiri. Kita boleh custom ukuran kad tersebut dengan panduan seperti di bawah ini:
- Klik “create a design”.
- Klik “custome size”
- Tukar unit pilihan kepada (in/mm)
- Masukkan unit ukuran
- Klik “create a new design”
3. Design kad mengikut cita rasa sendiri
Canva menyediakan ruang untuk anda berkreativiti tanpa had dan batasan. Kad kahwin anda sedia untuk diubah mengikut kreativi yang anda suka.
Apa pun pilhan kita, pastikan idea design anda itu “match” dengan tema majlis yang dibuat. Elakkan kecelaruan tema dan majlis yang carca-marba dengan menetapkan tema yang pasti untuk keseluruhan majlis kita.
Kita boleh menukar skema warna, memuat turun foto, meletakkan elemen reka bentuk yang menarik, dan banyak lagi. Jenis font, warna font, dan bentuk font pun boleh anda ubah mengikut kemahuan sendiri.
4. Masukkan details maklumat majlis kahwin
Selepas siap design kad kahwin tersebut, masukkan maklumat detail dan perincian majlis perkahwinan yang penting seperti:
- Nama pengantin perempuan dan pengantin lelaki
- Tarikh, masa, dan lokasi
- Arahan RSVP
- Kata alu-aluan atau ucapan ringkas
5. Kongsi dan cetak
Langkah yang terakhir adalah untuk anda cetak atau muat turun kad kahwin tersebut. Canva menyediakan pilihan yang sangat menarik sama ada anda boleh terus kongsikan kad secara digital melalui email, whatsapp, media sosial, atau boleh juga dicetakkan menggunakan Canva Print untuk hebahan secara manual.
Untuk mencetak secara manual, anda juga boleh pilh sama ada cetak melalui printer di rumah atau hantar sahaja design dan ukuran tersebut ke kedai untuk mereka cetak.
Jika anda menggunakan print sendiri, biasanya ia hanya sesuai untuk ukuran kertas A4 yang boleh anda print sekitar 2-3 keping kad sahaja untuk satu kertas.
(Download) template kad kahwin percuma
Mudahkan untuk kita buat kad kahwin sendiri. Hanya sediakan sahaja laptop atau komputer dan printer jika mahu cetak kad tersebut di rumah. Siap kad kahwin anda untuk diedarkan!
Artikel Berkaitan:
- 10 Idea Kad Kahwin “Rare”, No 5 Paling Kreatif!
- 10 Pereka Kad Kahwin Yang Mampu Menjadikan Jemputan Anda Lebih Kreatif
- Jimat! Tutorial DIY Kad Kahwin Guna Microsoft Publisher Hanya Dengan Kos RM30